Seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu memohon untuk menjadi pihak dalam kes saman Datuk Seri S. Vell Paari supaya keadaan mental Samy Vellu ditentukan oleh mahkamah.
Ketika ditemui pemberita, peguam R.S.N. Rayer yang mewakili Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, berkata permohonan untuk menjadi pencelah itu difailkan pada Jumaat lepas dan salinan dokumen yang dimeterai telah diserahkan masing-masing kepada peguam Vell Paari serta Samy Vellu semalam.
"Prosiding inkuiri yang dimulakan oleh Vell Paari untuk menentukan kesihatan mental bapanya telah ditangguhkan. Ini berikutan permohonan oleh anak guam saya untuk dimasukkan sebagai pihak dalam saman itu," katanya.
Rayer berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan penangguhan sementara menunggu permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah dalam saman berkenaan.
"Kami mengatakan bahawa beliau mempunyai hak untuk mencelah kerana beliau menerima kesan daripada prosiding itu, sebab itulah beliau perlu mencelah. Pendirian kami adalah keadaan mental Tun (Samy Vellu) adalah baik dan sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes hari ini.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 7 Jan tahun depan bagi pengurusan kes.
Meeriam Rosaline, yang hadir di mahkamah hari ini memberitahu pemberita, beliau datang untuk mendapatkan keadilan.
Pada 2 Dis, Vell Paari memfailkan saman itu, memohon perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan tahap kesihatan mental bapanya, dan sama ada bekas presiden MIC dan Menteri Kerja Raya itu berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Dalam saman itu, Vell Paari memohon perintah bahawa suatu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan diadakan mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 ke atas bapanya, bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.
Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.
Bekas Setiausaha Agung MIC itu turut memohon supaya Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.
Katanya, jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya akibat masalah itu, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam Datuk C. Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal estet defendan.
Sekiranya mahkamah membenarkan kesemua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta membuat peruntukan bagi saraan jawatankuasa tersebut.
Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.
Sementara itu, Vell Paari menerusi afidavit sokongannya berkata ibunya, Toh Puan R. Indrani, 79, dan adik perempuannya, S. Mangayerkarasi, 56, akan memberi sokongan terhadap saman itu dan akan mengesahkan perkara tersebut dalam afidavit sokongan mereka.
Plaintif berkata konsultan psikiatri dari Victoria, Australia, Prof David Ames telah mengenal pasti bapanya mengalami demensia pada 2017 dan telah diberikan ubat untuk merawat kesihatannya.
Katanya konsultan psikiatri dari Pantai Hospital, Dr Bharathi Vengadasalam turut menyediakan laporan bahawa Samy Vellu mengalami Major Neurocognitive Disorder dan tidak berupaya menguruskan kewangan dan estet, menguruskan ubat serta membuat keputusan.
Beliau berkata hasil penemuan kedua-dua konsultan itu mendapati bapanya mengalami kecelaruan mental dan tidak memiliki keupayaan fizikal dan mental menguruskan dirinya dan hal ehwalnya.
Vell Paari berkata sejak 2017 beliau telah membantu bapanya untuk menguruskan hal ehwal dan estetnya dan telah menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan.
Pada 12 Dis, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 17 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan interim daripada Meeriam Rosaline, bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Meeriam Rosaline (tengah) memberitahu media, beliau datang untuk mendapatkan keadilan.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Kes kesihatan mental: Wanita dakwa isteri Samy Vellu jadi pencelah
Seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu memohon untuk menjadi pihak dalam kes saman Datuk Seri S. Vell Paari supaya keadaan mental Samy Vellu ditentukan oleh m