awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/12/2023
12:57 MYT
Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh
GAMBAR FAIL: Ibu arwah kemalangan maut, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Mimi Julia ismail, 50 kelihatan sedih sambil menunjukkan gambar arwah anaknya di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang dipercayai melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, esok atas kesalahan membunuh.
Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelas kenyataan itu, ia setelah membuat penilaian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.
"Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek," kata kenyataan tersebut di sini pada Ahad.
Sehubungan itu, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
Pegawai kanan berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.
Topic Berkaitan
#Peguam Negara
#pegawai polis
#langgar mati
#pelajar SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan