awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2023
04:00 MYT
Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari
Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan. - Gambar hiasan
IPOH: Pegawai kanan polis yang terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat direman selama tiga hari.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut.
Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan.
Pada Jumaat, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu ditahan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan turut dijalankan secara menyeluruh termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kejadian itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa dipandu pegawai terbabit dengan motosikal jenis Yamaha ditunggangi mangsa.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.
Keadaan itu mengakibatkan, pemandu tersebut mengejar mangsa sejauh hampir satu kilometer dan dipercayai melanggarnya dari arah belakang mengakibatkan mangsa jatuh dan terseret hampir lima meter. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#pelajar
#pegawai polis
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan