MELAKA: Trend penurunan kes melibatkan integriti dan tatatertib dalam kalangan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus dipantau dan dinilai sepanjang masa.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia penting untuk memastikan penurunan kes sehingga 50 peratus yang dicatat setakat ini, terus konsisten bagi mengekang gejala negatif dalam badan beruniform tersebut.
"Kami tengok sejak diadakan program pemerkasaan integriti pada 2013 dan polisi sifar toleransi ke atas pegawai tiada integriti, hasilnya sudah mula nampak kerana banyak kesedaran yang timbul.
"Kemungkinan yang selama ini mereka tidak mengetahui nilai-nilai tertentu yang dilarang, kini sudah sedar manakala kes-kes melibatkan rasuah, penyelewengan, ketirisan dan kebocoran, ia juga semakin menurun berbanding sebelum ini," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Bicara Governans, Integriti dan Antirasuah Siri 1 2022 Peringkat Zon Selatan yang dianjurkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.
Katanya untuk rekod, 50 anggota dan pegawai telah dibuang kerja antara tahun 2019 dan Jun 2022 atas pelbagai kesalahan, dengan hanya satu kes dicatatkan setakat ini bagi tahun 2022 berbanding 12 kes pada 2021.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes adalah bagi kesalahan tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah (20 kes) dan masing-masing satu kes melibatkan ketum, kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sabitan mahkamah dan pemalsuan tandatangan," katanya.
Tambahnya, JBPM juga mengenal pasti 16 jenis kesalahan utama yang sering melibatkan anggota dan pegawainya dengan tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah dan lain-lain kesalahan tatatertib merupakan kesalahan yang mencatat kes tertinggi.
"Rekod dari 2019 hingga Jun 2022 mencatatkan 59 kes kesalahan tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah (25 kes), lain-lain kesalahan tatatertib (40 kes), sabitan mahkamah/jenayah (lapan kes) serta tujuh kes bagi salah guna kuasa.
"Jumlah keseluruhan yang direkodkan sepanjang tempoh tersebut bagi semua kesalahan adalah 176 kes, dengan 22 kes setakat Jun 2022 berbanding 63 kes pada 2021," katanya.
Katanya tindakan yang tegas termasuk punitif akan diambil memandangkan JBPM adalah sebuah badan kecemasan dan justeru jika tiada nilai baik dan integriti sudah pasti tugasan tidak dapat dilakukan dengan tepat dan cekap, sekali gus menyebabkan kerugian pada aset serta kematian.
"Malah JBPM juga telah menerima pensijilan ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) pada 2021 khususnya bagi unit-unit yang sensitif serta mempunyai risiko integriti yang tinggi. Dalam masa yang sama usaha memperkasakan integriti ini akan diperluaskan dan dikembangkan di peringkat negeri dan zon bagi nilai murni dalam perkhidmatan kecemasan diperkukuhkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Mohammad Hamdan berkata, adalah penting untuk memastikan penurunan kes sehingga 50 peratus yang dicatat setakat ini, terus konsisten, bagi mengekang gejala negatif dalam badan beruniform tersebut. - Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.