MALAYSIA
Kes liwat bersiri: Pertuduhan lelaki Pakistan ditangguh

Pertuduhan ke atas seorang lelaki warga Pakistan berkaitan kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki ditangguhkan berikutan ketiadaan jurubahasa. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Pertuduhan ke atas seorang lelaki warga Pakistan berkaitan kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki ditangguhkan berikutan ketiadaan jurubahasa.
Ringkasan AI
- Pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Pakistan atas kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki ditangguhkan kerana ketiadaan jurubahasa bahasa Urdu.
- Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan pertuduhan: 23 Julai di Mahkamah Sesyen dan 1 Ogos di Mahkamah Majistret, sementara tertuduh kekal dalam tahanan reman.
- Suspek ditahan di Kuala Nerang selepas dikaitkan dengan empat kes jenayah seksual melibatkan mangsa berumur antara 9 hingga 19 tahun di sekitar Shah Alam.
Hakim Rasyihah Ghazali dan Norazlin Othman menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan kehadiran jurubahasa dan pertuduhan kes berkenaan.
Dalam pada itu, lelaki itu juga berhadapan dengan satu pertuduhan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menetap di negara ini melebihi tempoh masa.
Majistret Ameera Mastura Khamis juga menangguhkan pertuduhan tertuduh pada tarikh 1 Ogos untuk kehadiran jurubahasa bahasa Urdu.
Difahamkan, tertuduh masih ditahan reman sehingga hari pertuduhan.
Prosiding di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin, Timbalan Pendakwa Raya Roshaira Rosli manakala di Mahkamah Majistret oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi.
Pada 9 Julai lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang menjadi suspek utama dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan 28, Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, suspek ditahan di Kuala Nerang, Kedah, semalam, selepas dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.
Suspek sebelum ini dikaitkan dengan empat kejadian jenayah seksual melibatkan mangsa berumur antara sembilan dan 19 tahun.
Tiga mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan, 13 dan 14 tahun, manakala seorang lagi adalah remaja lelaki berumur 19 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami