awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Muhyiddin: Tuduhan terpilih untuk tutup isu UMNO dan RoS - Tuan Ibrahim

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/03/2023
04:58 MYT
Kes Muhyiddin: Tuduhan terpilih untuk tutup isu UMNO dan RoS - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Turut serta Ahmad Faizal Azumu dan Idris Ahmad.
PUTRAJAYA : Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, pendakwaan terbaharu terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'tuduhan terpilih'.
Menurut beliau, tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu juga adalah bagi menutup isu berlaku dalam UMNO yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
"Jadi isu ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menutup isu sebenar dan kita yakin bahawa tuduhan ini adalah pertuduhan terpilih.
"Kita harap Tan Sri Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah. Kita akan adalah solat hajat malam ini di markas Pas Taman Melewar (Gombak).
"Ia sebagai kenyataan sokongan kita dan satu lagi himpunan akan diadakan di Rusila, Terengganu malam ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu hadir memberi keterangan kepada suruhanjaya itu pada pagi Khamis.
Kenderaan yang membawa Muhyiddin tiba di luar ibu pejabat SPRM, di sini, sekitar pukul 11.15 pagi.
Ketibaan Muhyiddin diiringi ratusan penyokong beliau serta beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin PN.
Antara pemimpin PN yang turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Turut hadiri Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin; Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#SPRM
#Jana Wibawa
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan