Skip to main content

Malaysia

Kes Nhaveen: Perbicaraan bela diri bermula Oktober, berlangsung lapan hari

GEORGE TOWN – Perbicaraan kes membabitkan empat lelaki yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh mangsa buli, T Nhaveen akan berlangsung selama lapan hari bermula Oktober depan.  Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 7 hingga 9 Oktober serta disambung pada 12 hingga 16 Oktober oleh Timbalan Pendaftar, Muhammad Firdaus Abdul Wahab ketika prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.
Keempat-empat tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown pagi ini. - Foto Sinar Harian
Advertisement

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan lapan hari bermula Oktober ini bagi perbicaraan kes bela diri empat lelaki yang didakwa membunuh remaja, T. Nhaveen, sembilan tahun lepas.

Timbalan Pendaftar, Muhammad Firdaus Abdul Wahab menetapkan 7 hingga 9 Okt serta 12 hingga 16 Okt sebagai tarikh perbicaraan itu dalam prosiding pengurusan kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amri Johari berkata mahkamah turut menetapkan satu lagi pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid pada 13 Julai ini bagi persediaan akhir sebelum perbicaraan bermula.

“Pada 13 Julai ini akan diadakan pengurusan kes secara Zoom di hadapan hakim. Sekiranya ada sebarang isu atau perkara ingin dibangkitkan oleh mana-mana pihak, ia akan dimaklumkan ketika itu sebelum perbicaraan berlangsung pada Oktober,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang di sini hari ini.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Manvir Singh Dhillon dan R. Thevan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memerintahkan J. Ragesuthan, S. Gokulan dan dua lagi individu yang merupakan remaja ketika kejadian, untuk membela diri atas pertuduhan membunuh Nhaveen.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan mereka pada 3 Okt 2023.

Panel hakim turut mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk peringkat pembelaan.

Keempat-empat tertuduh juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan rakan Nhaveen iaitu T. Previin berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, antara 11 malam hingga 12 tengah malam, 9 Jun 2017.

Nhaveen meninggal dunia pada 15 Jun 2017 selepas enam hari dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kejadian berkenaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement