awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pasport terbang: 20 pegawai imigresen dibuang kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2026
00:25 MYT
Kes pasport terbang: 20 pegawai imigresen dibuang kerja
Seramai 20 pegawai JIM telah dibuang kerja selepas didapati terlibat dalam kegiatan pasport terbang sejak 2022 hingga 2025. Gambar kecil: Zakaria. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Seramai 20 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuang kerja selepas didapati terlibat dalam kegiatan pasport terbang sejak 2022 hingga 2025.

Ringkasan AI
  • 20 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dibuang kerja dan 41 lain dikenakan tindakan tatatertib berkaitan dengan aktiviti pasport terbang antara 2022 hingga 2025.
  • Tindakan diambil selepas siasatan dalaman yang telus dan berlandaskan peraturan terhadap pegawai yang terbabit.
  • JIM menegaskan pendirian tegas terhadap integriti dengan meneliti setiap kes yang dirujuk oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan memastikan tindakan diambil tanpa kompromi.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam tempoh sama seramai 41 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati terlibat dalam kes berkaitan pasport terbang.
"Daripada jumlah tersebut, 20 pegawai telah dijatuhkan hukuman buang kerja selepas disabitkan dengan kesalahan.
"Tindakan ini diambil hasil siasatan dalaman yang telus dan berlandaskan peraturan ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zakaria berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada Isnin berhubung laporan siasatan berkaitan dakwaan aktiviti pasport terbang di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"JIM menghormati peranan dan fungsi EAIC sebagai badan pemantau integriti agensi penguatkuasaan, serta memandang serius setiap dapatan dan syor yang dikemukakan," katanya.
Sehubungan itu katanya, JIM telah dan sedang mengambil tindakan susulan selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan perkhidmatan awam dan mekanisme tatatertib yang berkuat kuasa.
"Berhubung kes yang dilaporkan, JIM mengesahkan bahawa tindakan tatatertib telah dilaksanakan terhadap pegawai terlibat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Langkah ini mencerminkan pendirian tegas JIM bahawa sebarang salah laku, khususnya yang melibatkan integriti dan kepercayaan awam, tidak akan dikompromi," katanya.
Zakaria berkata, selain itu, JIM menegaskan bahawa setiap kes yang dirujuk oleh EAIC akan diteliti secara menyeluruh dan ditangani dengan serius tanpa sebarang kompromi.
"Bagi tahun lalu, sebanyak 61 kes telah dirujuk oleh EAIC dan kesemua kes terlibat dibawa ke Mesyuarat Jawatakuasa Aduan dan diambil tindakan selaras dengan proses serta peruntukan tatatertib yang berkuat kuasa.
"Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan JIM terhadap prinsip akauntabiliti, integriti dan tadbir urus yang baik," katanya.
Beliau berkata, JIM akan terus memperkukuh pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), meningkatkan pemantauan dalaman serta melaksanakan langkah penambahbaikan secara berterusan.
"Ia bagi memastikan perkhidmatan imigresen dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan selari dengan peraturan yang ditetapkan, demi memelihara kepercayaan rakyat dan kepentingan negara," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pasport terbang
#Imigresen
#tindakan tatatertib
#Buang kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan