awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan

Bernama
Bernama
06/06/2024
06:45 MYT
Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan
Kesemua mereka ditahan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana.
BUTTERWORTH: Polis menahan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe pada 25 April lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata kesemua mereka ditahan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana.
Beliau berkata mereka yang dipercayai rakan berusia antara 20 hingga 27 tahun itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini untuk mendapatkan perintah reman.
"Reman terhadap kesemua suspek dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek ini, kita percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah Kieda Crepe," katanya kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, kediaman pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut di Pokok Sena di sini, dipecah masuk perompak yang turut melarikan barang kemas hingga menyebabkan dia kerugian ratusan ribu ringgit.
Bagaimanapun, tiga hari lepas Kieda telah memuat naik video di akaun TikTok selepas mendakwa masih tiada tangkapan dibuat terhadap suspek meskipun kejadian sudah 40 hari berlalu dan mendakwa kejadian itu menyebabkan dia kerugian RM800,000 selepas pelbagai barang kemas yang disimpan di dalam peti besi dilarikan perompak yang memasuki kediamannya melalui tingkap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pecah rumah
#Kieda Crepe
#Siti Nur Khalieda Yusra
#melarikan barang kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan