Kes dua rakyat Malaysia, yang ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Al-Qaeda, akan didengar semula di Tribunal Tentera di Beirut Rabu ini.
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan berkata Rafik Mohammed Ariffin, 28, dan Mohammed Razin Shaaban, 21, dihadapkan ke tribunal itu hari ini atas tuduhan menjadi anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap mereka tidak diteruskan hari ini apabila hakim mendapati mereka tidak diwakili peguam, katanya ketika dihubungi Bernama di ibu negara Lubnan itu.
"Hakim yang mendengar kes itu kemudian mengarahkan supaya mereka mengambil peguam untuk tujuan membela diri dan hakim memutuskan kes itu didengar semula Rabu ini," kata Ilango.
Minggu lepas, pihak berkuasa Lubnan menahan Rafik dan Mohammed Razin di sebuah hotel di Beirut kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Menurutnya keluarga kedua-dua lelaki itu juga telah dimaklumkan oleh Wisma Putra berhubung penahanan itu dan diminta menggunakan khidmat guaman.
Dalam pada itu, beliau berkata dua pegawai kedutaan telah menemui Rafik dan Mohammed Razin di Pusat Tahanan Tribunal Tentera di Beirut.
"Mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Mereka juga dilayan dengan baik," katanya.
Ilango berkata pihak kedutaan juga sedang menyiasat latar belakang dua rakyat Malaysia itu dengan kerjasama pihak Imigresen Lubnan untuk mengenal pasti sama ada mereka masuk ke negara itu sebagai pelancong, pelajar atau profesional.
Bernama
Tue Oct 30 2012
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Ahli tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.
‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Kalangan masyarakat global di media sosial menyifatkan peranan Amerika sebagai hero dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.
Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susulan insiden bakar al-Quran
Anggota kumpulan al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan telah mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.
Serangan 9/11: AS tidak akan berhenti memerangi keganasan - Biden
Biden berkata walaupun AS telah meninggalkan Afghanistan, petadbirannya akan terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.
Pemimpin Al-Qaeda Al-Zawahiri terbunuh dalam serangan dron AS - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan bahawa pemimpin al-Qaeda Ayman al-Zawahiri terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul.
Pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dilapor terbunuh dalam serangan dron CIA
Perkembangan itu memberi tamparan besar kepada kumpulan Al-Qaeda sejak pengasasnya Osama Laden terbunuh pada 2011.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.
'Jangan tunggu serangan berlaku, baru nak tangkap' - Ayob Khan kongsi isu ancaman keganasan di Malaysia
Jelas beliau, jika perkara tersebut dipandang remeh, Malaysia juga berisiko untuk diserang.