awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi

Bernama
Bernama
19/01/2026
13:17 MYT
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
Pada 6 petang, mata wang tempatan menokok kepada 4.0520/0570 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0605 ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, disokong isyarat daya tahan ekonomi Malaysia selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kukuh berbanding jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat 2025.
Pada 6 petang, mata wang tempatan menokok kepada 4.0520/0570 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0605 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prospek pertumbuhan yang berdaya tahan telah mendorong peniaga untuk mengambil pendirian yang lebih membina terhadap ringgit.
"Ini terutamanya memandangkan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada Khamis akan dipantau dengan teliti," katanya kepada Bernama.
Di peringkat global, beliau berkata indeks dolar AS kekal tinggi, namun menyusut 0.20 peratus kepada 99.199 mata.
"Pasaran masih resah berhubung dasar ekonomi pentadbiran (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump, khususnya mengenai penggunaan berterusan tarif import bagi mencapai objektif dasar," katanya.
Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.
Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5657/5692 daripada 2.5637/5670 pada Jumaat dan susut berbanding euro kepada 4.7100/7159 daripada 4.7076/7134 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4321/4388 daripada 5.4332/4399.
Mata wang tempatan itu bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN. Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1521/1562 daripada 3.1479/1521 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9623/9845 daripada 12.9115/9332.
Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 239.0/239.3 daripada 240.1/240.5 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.81/6.82 daripada 6.83/6.84.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#mata wang
#nilai tukaran
#dolar AS
#daya tahan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan