awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sumud Nusantara buka penyertaan sertai sukarelawan GSF 2.0
Ponggal: Enam fakta di sebalik pesta kesyukuran
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis ambil keterangan pihak sekolah

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2025
01:35 MYT
Kes pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis ambil keterangan pihak sekolah
Datuk Shazeli Kahar, Ketua Polis Selangor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kakitangan sekolah antara individu yang telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes seorang pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan asrama di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih dijalankan dan beberapa rakaman percakapan telah direkodkan bagi membantu siasatan pihak polis.
“Siasatan masih berterusan, rakaman percakapan individu-individu juga telah diambil bagi membantu siasatan polis… (termasuk) dari pihak sekolah, juga telah diambil,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Semalam, Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian itu.
Susulan laporan tersebut, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Shazeli berkata, siasatan merangkumi pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan sekitarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, termasuk dakwaan unsur buli, masih terlalu awal untuk disahkan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Tiga berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Bapa saudara mangsa, Muhammad Aidil Mansor, 34 tahun, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami pendarahan di bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah dan kecederaan pada paru-paru berdasarkan hasil imbasan CT scan.
Ibunya, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43 tahun, turut dilaporkan berkata keluarganya amat memerlukan doa orang ramai ketika anaknya sedang melalui detik genting ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Topic Berkaitan
#pelajar jatuh asrama
#Shazeli Kahar
#Sabak Bernam
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan