awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelanggaran bot: JLM tunggu keputusan pendakwa raya

Bernama
Bernama
17/03/2022
23:35 MYT
Kes pelanggaran bot: JLM tunggu keputusan pendakwa raya
Baharin (tengah) melakukan demonstrasi teknik pertolongan cemas sempena Kempen Keselamatan Bot dan Penumpang Kuala Besut anjuran JLM Wilayah Timur di Kuala Besut, Besut, 17 Mac 2022. -- fotoBERNAMA
KUALA BESUT: Jabatan Laut Malaysia (JLM) sedang menunggu keputusan pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut berhubung kes pelanggaran sebuah bot pelancong dengan bot nelayan di muara Sungai Besut di sini, pada 31 Jan lepas.
Ketua Pengarah JLM Datuk Baharin Abdul Hamid berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya selepas pihaknya selesai menjalankan siasatan yang membabitkan beberapa aspek.
"Kami sedang menunggu arahan daripada pihak pendakwa raya untuk tindakan mahkamah dan kami jangka pendakwaan akan dilakukan pada April ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Bot dan Penumpang di sini, semalam.
Menurutnya siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesalahan melibatkan bot pelancong tersebut termasuk berkaitan lesen dan perlindungan insurans dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952.
Dalam kejadian pada 3.30 petang, 31 Jan lepas, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang termasuk 14 kanak-kanak berlanggar dengan sebuah bot dinaiki tiga nelayan tidak jauh dari jeti di muara Sungai Besut.
Akibat pelanggaran itu, kesemua penumpang serta kru bot pelancong serta nelayan itu terjatuh ke dalam sungai namun mereka berjaya diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
BACA: Pelanggaran bot: Kerajaan Terengganu mahu siasatan terperinci
BACA: Pelanggaran bot pelancong: Pasukan penyiasat ditubuhkan kenal pasti punca
BACA: Bot pelancong berlanggar di Kuala Besut bawa penumpang berlebihan - Jabatan Laut
Sementara itu mengenai kempen hari ini, Baharin menasihatkan para pelancong terutama penumpang bot yang mahu ke mana-mana pulau peranginan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh JLM.
"Kami minta penumpang menaiki feri atau bot di jeti yang diluluskan sahaja, bot mempunyai lesen sah dan dikendali oleh pemandu bot yang kompeten dan pastikan memakai jaket keselamatan sepanjang perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baharin abdul hamid
#kertas siasatan
#pelanggaran bot
#Pulau Perhentian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan