awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri

Bernama
Bernama
31/08/2024
13:40 MYT
Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi. - Gambar fail
KUALA NERUS: Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas Timbalan Menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
"Polis sudah membuka kertas siasatan dan saya letak sepenuh kepercayaan terhadap profesionalisme polis apabila mereka sudah buka fail tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Balai Raya Pulau Redang di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia telah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu lepas untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Saifuddin Nasution turut memaklumkan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Laos yang dihadirinya baru-baru ini.
"Apa yang diperakukan oleh semua negara ialah trend pemerdagangan orang yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata hampir semua negara ASEAN memiliki undang-undang bagi mengekang jenayah itu termasuk Malaysia iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan orang
#siasatan
#bekas timbalan menteri
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan