IPOH: Setakat ini tiada lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun pasangan suami isteri yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah.
Menurutnya, walaupun dibebaskan, pihak polis akan terus menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut, masing-masing yang lelaki berumur 50 tahun dan wanita berumur 53 tahun.
“Setakat ini tiada (individu lain akan dipanggil bagi bantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat MAIPk itu dibebaskan hari ini, dengan jaminan bon mahkamah RM50,000 setiap seorang.
Permohonan jaminan itu dikemukakan pihak polis di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan itu.
Sebelum ini, Mohd Yusri mengesahkan suami isteri itu ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari pada 5 Januari lalu.
Pada mulanya, kedua-dua mereka direman tujuh hari mulai 6 hingga 12 Januari sebelum disambung reman tiga hari lagi, berakhir hari ini.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 15 2024
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Perak. - Gambar fail/Sinar Harian
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM900,000
Briged Tenggara PGA menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dan tumbuhan dengan nilai rampasan lebih RM900,000 di Tanah Merah, Kelantan.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Kes penyelewengan zakat MAIPk RM9.62 juta: Tiada lagi akan dipanggil
Mohd Yusri berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun suami isteri yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah.