awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Tarikh pengurusan kes rayuan pembebasan Najib, Arul Kanda 26 Mei

Bernama
Bernama
13/04/2023
07:19 MYT
Kes pinda laporan audit 1MDB: Tarikh pengurusan kes rayuan pembebasan Najib, Arul Kanda 26 Mei
Pada 3 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Mei ini untuk satu lagi tarikh pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Peguam Arul Kanda, Jasmine Cheong ketika dihubungi, mengesahkan satu lagi tarikh pengurusan kes ditetapkan kerana rekod rayuan belum disiapkan.
Hari ini ditetapkan pengurusan kes rayuan pertama pihak pendakwaan yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.
Selain Cheong, turut hadir ialah peguam Alaistair Norman yang mewakili Najib dan Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar yang mewakili pendakwaan.
Pada 3 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Kedua-duanya dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata beliau telah memberikan penilaian maksimum pada akhir kes pendakwaan dan tidak menemukan bukti untuk mensabitkan atau membuktikan bahawa Najib secara jelas mengarahkan pindaan yang dibuat untuk membebaskannya daripada sebarang liabiliti sivil atau jenayah.
Dalam kes Arul Kanda, hakim mendapati beliau (Arul Kanda) konsisten sepanjang keterangannya dan ia serasi dengan keterangan yang dikemukakan dan keterangan saksi lain.
Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 46, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan laporan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 9 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#pinda laporan audit 1mdb
#Najib Razak
#rayuan pembebasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan