Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa mengumumkan terdapat peningkatan kes COVID-19 di tiga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan Kluang di Johor Bahru, Hulu Langat di Selangor, dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu bahawa setiap peningkatan kes tersebut adalah berasaskan daripada usaha pengesanan kes secara aktif (ACD) yang dilakukan oleh pihaknya.
Berikut merupakan maklumat data yang dikongsikan beliau dalam sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa mengikut pecahan kawasan yang kini di bawah PKPD:-
Kluang, Johor Bahru
- Memiliki penduduk seramai 3,755 orang
- Daripada jumlah itu, seramai 2,536 sudah disaring
- Pertambahan empat kes pada Selasa
- Jumlah kumulatif kes positif ialah 174
Dalam perkembangan sama, terdapat empat kes pertambahan di Bandar Baru Ibrahim Majid. Juga, di Ulu Benut mencatatkan 151 keseluruhan kes, di Kluang pula ada 18 kes, manakala di Machap mempunyai empat kes dan satu lagi kes di Niyor.
Hulu Langat, Selangor
- Mempunyai jumlah penduduk seramai 1,797 orang
- Daripada jumlah itu, 1,728 sudah disaring
- Pertambahan 11 kes positif pada Selasa
- Jumlah kumulatif kes positif ialah 350
Di Kampung Sungai Lui pula, kes positif COVID-19 masih kekal kepada 90 kes. Manakala selain daripada kawasan kampung Sungai Lui, terdapat pertambahan sebanyak 11 kes pada Selasa sekali gus menjadikan kes keseluruhan kepada 260 kes.
Menara Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur
- Jumlah penduduk kira-kira 5,000 orang
- Seramai 2,109 orang telah disaring
- Pertambahan enam kes positif pada Selasa
- Jumlah kes positif sebanyak 30 kes
Sementara itu, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang giat melakukan aktiviti pengesanan di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Ini kerana, bangunan yang mempunyai penghuni di 365 unit rumah dan premis perniagaan itu disahkan mempunyai 15 kes positif COVID-19 pada Selasa.
“Kita dapati ada 15 kes yang positif di situ jadi kita harap dapat saring dua bangunan ini dan segera melakukan aktiviti pengesanan dan asingkan mereka yang mempunyai gejala serta merawat mereka,” katanya lagi.
BACA: COVID-19: 1 lagi kematian, 80 pesakit sihat sepenuhnya - KP Kesihatan
BACA: KKM kesan 69 kes sporadik, iaitu tiada pengesahan asal-usul jangkitan - KP Kesihatan
BACA: Bangunan Selangor Mansion, Bangunan Malayan Mansion laksana PKPD
Faris Danial Razi
Tue Apr 07 2020

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat kawalan dihadapan Flat Malayan Mansion berikutan pengesanan positif kes COVID-19 di kawasan tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar

Polis cadang sekolah abai SOP hingga cetus kluster baharu dikompaun
Polis Pahang mencadangkan tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga mencetuskan kluster baharu COVID-19 di institusi pendidikan tersebut.

Penularan COVID-19 | Ibu bapa dan pihak sekolah mungkin dikenakan kompaun
Kompaun mungkin dikenakan kepada pihak sekolah, jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu COVID-19, akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Laporan Khas | Cemburu membawa kepada cerai dan jenayah
Cemburu buta mampu menjejaskan hubungan suami isteri. Retak yang terbentuk mampu membawa kepada perceraian. Cemburu buta ini bukan isu remeh kerana sedar atau tidak ia menjadi salah satu punca perceraian. Malah ada juga yang membawa kepada pembunuhan.

Derita Aziem | Lahir tanpa lidah, lelangit dan jantung berlubang
Fizikalnya kelihatan normal seperti kanak-kanak lain, namun Muhammad Aziem Haikal Fitri Abdullah yang berusia setahun 10 bulan menderita kerana tiada lidah sejak dilahirkan. Tambah menyedihkan anak bongsu daripada empat adik- beradik itu juga tidak mempunyai lelangit dan gusi bahagian bawah selain menghidap jantung berlubang.

AWANIxGEMPAK | Bapa tenat akibat COVID-19, Azlan redha
Vokalis Azlan & The Typewriter, Norazlan Roslee atau Azlan, redha dengan keadaan bapanya yang kini tenat di Hospital Serdang kerana positif COVID-19. Azlan ketika ditemui Astro Gempak berkata, bapanya disahkan positif sejak dua minggu lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas seminggu dirawat.

AWANI Ringkas: COVID-19 | 2,340 kes baharu | 7 kluster baharu sekolah di Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Harga ayam kembali stabil dengan pelaksanaan Skim Harga Maksimum
Harga ayam kembali stabil ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, di seluruh negara yang bermula hari ini.

Skuad projek FAM-MSN harus diteruskan - Kim Swee
Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

AWANI Ringkas: Tiada bukti RM42 juta datang dari Raja Arab Saudi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KVDSMZ ditutup dua minggu, 37 pelajar positif COVID-19
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 4 Mei depan susulan 37 pelajarnya disahkan positif COVID-19.

COVID-19: 11 kluster baharu dikesan, 4 melibatkan kluster pendidikan
Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini.

COVID-19: Kes aktif melebihi 20,000, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

COVID-19: 2,340 kes baharu, Selangor tertinggi
Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.

Netizen ucap selamat hari jadi, 'rindu' tonton sidang media Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menyambut ulang tahunnya yang ke-58 pada Rabu.

Nilai R-Naught : Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi paras Rt nasional
Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Kelantan kini adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.

Data COVID-19 perlu tepat, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Setiap negara perlu memastikan semua data seharian COVID-19 dan data klinikal kes COVID-19 adalah tepat dan sahih.

COVID-19: 2,341 kes baharu, Sarawak tertinggi - Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes.

COVID-19: 2,078 kes baharu, kes aktif lebih 20,000
Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153).

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kalangan barisan hadapan kesihatan hanya 0.003 peratus - Khairy
Khairy menjelaskan, sembilan petugas barisan hadapan kesihatan yang didapati positif wabak itu tidak mengalami sebarang gejala teruk atau ringan.

COVID-19: Perinci laporan petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin - Ong Kian Ming
Kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan vaksin.