awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul: Pelakon lelaki direman tiga hari

Bernama
Bernama
18/06/2022
16:26 MYT
Kes pukul: Pelakon lelaki direman tiga hari
Pelakon berusia 30-an itu ditahan tengah hari Sabtu di kediamannya di kondominium sama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki popular direman selama tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di sini, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata pelakon berusia 30-an itu ditahan tengah hari tadi di kediamannya di kondominium sama.
"Kejadian berpunca apabila suspek telah meminta rakannya menghantar barang ke kediamannya kira-kira pukul 8 malam namun tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium itu, suspek kemudian turun ke lobi untuk bertanya kepada pengawal keselamatan tentang perkara tersebut dan berlaku pentengkaran di antara mereka berdua.
"Artis lelaki berkenaan yang turut berada di lobi itu kemudian secara tiba-tiba datang dan dipercayai menumbuk dan menendang mangsa (pengawal keselamatan)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Habibi berkata mangsa dikatakan telah ditumbuk dan ditendang di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan dan suspek disyaki turut mengugut mangsa.
"Mangsa membuat laporan polis pagi semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana memukul dan melakukan ugutan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pukul
#pelakon lelaki
#pelakon popular
#reman
#pengawal keselamatan
#kondominium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan