awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes ragut tular, polis buru tiga suspek

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2025
04:30 MYT
Kes ragut tular, polis buru tiga suspek
Polis sedang mengesan tiga suspek yang terlibat dalam dua kejadian ragut yang tular di media sosial, salah satunya berlaku di Segamat. -Sinar Harian
SEGAMAT: Polis giat mengesan tiga suspek yang terlibat dalam dua kejadian ragut sebagaimana yang tular di media sosial pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan tiga suspek yang terlibat dalam dua kejadian ragut yang tular di media sosial, salah satunya berlaku di Segamat.
  • Suspek dikenal pasti melalui rakaman CCTV sebagai berbadan kurus, berkulit sawo matang, memakai jaket hitam, dan menaiki motosikal Kawasaki Ninja RR150 dan Yamaha Y15ZR hijau.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, hasil semakan mendapati salah satu daripada video berdurasi 2.31 saat itu berlaku di Segamat sementara satu lagi video tidak dapat dipastikan lokasinya.
Menurutnya, polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Astakajaya 1, Buloh Kasap pada Rabu sekitar jam 7.08 malam.
“Satu lagi lagi video memaparkan mangsa bersama rakannya didatangi tiga individu tidak dikenali yang menunggang dua motosikal secara tiba-tiba, salah seorang suspek turun dari motosikal dan merentap rantai leher emas yang dipakai mangsa hingga menyebabkan mangsa cedera akibat terjatuh.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran tempat kejadian, suspek dikenal pasti berbadan kurus, berkulit sawo matang, memakai jaket warna hitam lengan panjang dan berseluar gelap selain memakai topi keledar warna hitam dengan visor gelap dan menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja RR150 dan Yamaha Y15ZR warna hijau,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Segamat di talian 07-9324222 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ragut
#motosikal
#Taman Astakajaya 1 Buloh Kasap
#Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan