KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya hari ini selepas memanggil 30 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob demikian selepas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsharil Saharom, 37, iaitu saksi pendakwaan ke-30 selesai memberi keterangan.
Rozina memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 17 Jun ini.
Beliau juga menetapkan 24 Jun untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan, sebelum memutuskan sama ada pasangan suami isteri itu dibebaskan atau diperintahkan untuk membela diri, atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Turut hadir dalam prosiding hari ini TPR Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Mohd Sophian Zakaria, manakala Bung Moktar diwakili peguam M. Athimulan dan Zizie Izette diwakili Datuk K.Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri.
BACA: Rasuah RM2.8 juta: Keterangan cukup untuk dakwa Bung Moktar, isteri - Pegawai penyiasat
Law turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa, lapan saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan antaranya Pegawai Felcra Mariah Husain, Ahli Lembaga Pengarah Felcra Ismail Kasim, kerani Public Bank Cawangan Taman Melawati Nor Azreen Rosli dan Pegawai Forensik SPRM Badri Azni.
Namun, Kumaraendran berkata pihaknya tidak memerlukan saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada masa ini dan mahkamah memutuskan kesemua saksi-saksi yang ditawarkan tidak diperlukan oleh kedua-dua peguam itu.
Perbicaraan kes itu bermula 2 Jan 2020 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra Adnan Yusof, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra Dr Habibah Suleiman serta dua ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar.
Terdahulu, Norsharil dan dua lagi penolong penguasa SPRM iaitu Hazlina Rahmat, 41, dan Saiful Amir Hamzah, 33, memberitahu mahkamah bahawa dua ejen pelaburan, Madhi dan Norhaili tidak pernah diugut, dipaksa atau dijanjikan supaya memberi keterangan untuk mengenakan Bung Moktar dan isteri semasa rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 2016 dan 2018.
Hazlina iaitu saksi pendakwaan ke-28 berkata Norhaili berada dalam keadaan sangat baik, sihat, peramah dan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya termasuk diugut, semasa rakaman percakapannya diambil pada 2016.
Menjawab soalan Law, saksi itu berkata Norhaili dibenarkan makan, minum dan berehat sepanjang rakaman percakapannya diambil, selain beliau yang menemani saksi itu solat di surau.
Saiful Amir yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata keadaan bilik rakaman percakapan Norhaili pada 2018 adalah selesa, yang mempunyai dua kerusi untuk saksi dan pegawai perakam selain menafikan saksi itu pernah diugut dan dipaksa untuk memberi keterangan.
"Bilik itu tiada tingkap tetapi bercermin kaca dan mempunyai satu pintu sahaja. Saya merekod keterangan Norhaili di bilik tersebut, kerana mengikut arahan Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu dan beliau faham setiap soalan yang ditanya," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Law.
Sementara itu, Norsharil pula memberitahu mahkamah bahawa hanya beliau seorang sahaja yang merakam percakapan Madhi di bilik tersebut, dan tiada ugutan atau paksaan supaya ejen pelaburan itu memberi jawapan mengikut kehendaknya.
Ditanya Mohd Sophian adakah Madhi berada dalam ketakutan dan gelisah semasa rakaman percakapan diambil, Norsharil menjawab: Tidak ada sama sekali malah saksi itu dibenarkan untuk solat serta keluar masuk dari bilik rakaman percakapan itu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kiri) bersama isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak lembu di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd. Saiful Basri Mat Yaakob, berkata, orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz gemuk kerana harganya boleh mencecah 12 ribu ringgit sehingga 20 ribu ringgit seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Zahid Hamidi gagal tangguh prosiding pembelaan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Tuduhan Zahid berniat cemarkan reputasi saya" - Tok Pa nafi seleweng dana PRU14 seperti didakwa Presiden UMNO
Tinggalkan UMNO dan sertai Bersatu juga bukan untuk elak disiasat SPRM, tegas Mustapa.

"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Setiap ahli politik sangat memerlukan wang bagi melaksanakan aktiviti politik.

Saksi tak tahu jumlah wang diberi kepada Guan Eng bagi projek terowong, jalan utama
Saksi, Ibrahim Sahari, 58, juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri negeri itu.

Dana YAB RM65 juta bukan hasil aktiviti haram - Ahmad Zahid
Dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah, kata Ahmad Zahid.

Bayaran kepada Lim Guan Eng guna invois palsu dua syarikat tak aktif - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu pembayaran kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibuat menggunakan modus operandi pemalsuan dokumen membabitkan dua syarikat yang tidak aktif.

Fail rayuan dapatkan rakaman percakapan saksi, Ahmad Zahid mohon tangguh prosiding bela diri
Mahkamah menetapkan 4 Julai untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan dan permohonan itu didengar pada 7 Julai ini.