Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid berlangsung dalam suasana yang agak tegang hari ini.
Ia berlaku apabila pihak pembelaan menggasak saksi dengan mendakwa bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin memberi keterangan bercanggah berhubung pengeluaran wang RM1.5 juta yang dikatakan diberi kepada isteri bekas perdana menteri itu.
Ketika pemeriksaan balas, peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Rosmah, mendakwa keterangan Saidi di Mahkamah Tinggi hari ini adalah bercanggah dengan keterangan yang diberikan saksi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menjawab soalan Azrul, Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.
Azrul: Bagaimana kamu boleh menyatakan wang RM1.5 juta untuk Rosmah sedangkan kamu tidak nampak beliau membawa beg mengandungi wang itu naik ke atas (merujuk kepada rumah Rosmah di Langgak Duta)
Saidi: Saya memang tidak nampak Rosmah bawa naik beg itu ke atas tetapi wang tersebut diletakkan oleh pemandu peribadi saya (Shamsul Rizal Sharbini) di tepi sofa berwarna hijau di ruang tamu rumah Rosmah.
Saksi pendakwaan ke-17 itu juga tidak bersetuju bahawa wang RM1.5 juta tersebut dikeluarkan untuk kegunaan lain, bukan diberikan kepada Rosmah.
Azrul: Saya cadangkan bahawa daripada wang RM1.5 juta itu, kamu gunakan untuk membayar perbelanjaan diesel sebanyak RM400,000 dan Saidi menjawab: “Saya memang ada bayar, tetapi bukan melalui duit RM1.5 juta, saya ada duit lain.”
Saidi juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau membayar RM300,000 untuk adiknya membina rumah, membayar antara RM200,000 dan RM250,000 bagi membeli tanah di Kuching, memberi RM200,000 kepada sebuah syarikat teknologi dan sumbangan RM150,000 kepada ibunya.
Disoal Azrul bahawa kalau dicampurkan kesemua wang yang saksi itu belanjakan, anggaran berjumlah RM1.5 juta, dan Saidi menjawab: “Tidak, saya tidak bersetuju.”
Saksi penting pendakwaan itu berkata beliau pernah diminta menjelaskan kepada SPRM mengenai butiran perbelanjaan yang dicadangkan oleh peguam tersebut namun tetapi tidak dapat mengingati sama ada beliau ada menjelaskan kepada SPRM setiap perbelanjaan bagi wang berkenaan.
Ini menyebabkan peguam itu memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan rakaman percakapan Saidi yang diberikan kepada SPRM mengikut Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah, bagaimanapun saksi itu kemudiannya mencelah: "Saya cakap saya beri RM1.5 juta kepada Datin Seri Rosmah.”
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib turut membantah permohonan pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan Saidi atas alasan saksi itu berkali-kali menegaskan bahawa wang RM1.5 juta tersebut diberikan kepada tertuduh (Rosmah) dan bukan dibelanjakan untuk kegunaan lain.
"Dua atau tiga kali saksi cakap duit RM1.5 juta untuk Rosmah, pihak pembelaan cuba mengelirukan saksi dan cuba membuatkan saksi tertekan. Pihak kami menghujahkan tiada sebab untuk saksi ini merujuk semula kepada kenyataan yang diberi kepada SPRM.
“Kalau dirujuk dengan rakaman percakapan itu, ia bukan membabitkan RM1.5 juta (yang dibayar kepada tertuduh," kata Ahmad Akram.
Semasa mengemukakan hujahnya, Ahmad Akram beberapa kali menghentak meja menyebabkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan mencelah: “You watched too much Parliament sessions (Anda terlalu banyak menonton sesi Parlimen)” yang disambut deraian ketawa mereka yang berada di dalam mahkamah.
Sementara itu, seorang lagi peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata peruntukan undang-undang membenarkan saksi dirujuk dengan dokumen tersebut bagi mengembalikan ingatan.
Hakim kemudiannya memberi masa kepada pihak pembelaaan untuk memilih sama ada ingin mendapatkan dokumen berhubung percakapan saksi itu atau memasukkan isu berkenaan dalam hujahan mereka.
Prosiding kemudiannya bersambung dengan Azrul terus menyoal saksi mengenai sumber wang yang digunakan bagi perbelanjaan yang dicadangkan peguam.
Saidi menegaskan yang beliau mempunya wang tunai di rumah dan wang RM1.5 juta yang dikeluarkannya pada tarikh yang berkenaan adalah untuk diberikan kepada Rosmah.
“Saya seorang ahli perniagaan, saya banyak duit dan semua perbelanjaan dalam tunai … Duit juga ada saya simpan di rumah sehingga SPRM datang dan sita, sama macam duit orang lain,” katanya.
Turut memberi keterangan pada prosiding hari ini ialah saksi pendakwaan ke-18, Penolong Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Rafidah Yahaya dan saksi pendakwaan ke-19, Penguasa Kanan SPRM Moses Anak Lawrence.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan kes itu bersambung 7 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020

Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu. -Gambar fail

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
JKDNKA capai sasaran rampasan RM1 bilion tahun ini
PDRM rampas pelbagai barangan termasuk barang seludup bernilai lebih RM920 juta serta menahan seramai 5,099 individu menerusi pelbagai operasi bermula awal hingga penghujung Nov lalu.
Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya selepas 32 hari bersidang sejak 9 Okt hingga 30 November, dengan 12 rang undang-undang diluluskan termasuk Belanjawan 2024.
Sindiket tipu kerja: 121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air, pada Jumaat.
Dana tak boleh dikeluarkan hingga siasatan selesai - KP SPRM
Dana Aman Palestin Berhad yang kini dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan diselesaikan.
Pantau Belanjawan: Memperkasa OKU, tingkat penyertaan
Sejauh manakah Belanjawan 2024 yang dibentangkan Kerajaan Perpaduan pada 13 Oktober lepas dapat terus melindungi kesejahteraan dan mendaya upaya orang kurang upaya (OKU)? Bersama Mohd Faiz Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia.

Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah [LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701401557_TBGazajpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah
Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

PRU15: "Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat" - Muhaini
Muhaini harap Perdana Menteri akan kekal di Bera pada PRU15.

"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah

"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera.

Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah
Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah.

Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.

Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib
Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert "Duo Lagenda".