Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 April depan sebagai tarikh mendengar rayuan seorang ejen hartanah yang dikenakan penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 623 kesalahan seksual ke atas anak perempuannya pada tahun lalu.
Hakim, Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam bela, Cyrus Tiu Foo Woei dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), memohon mahkamah memberikan masa bagi pihaknya mendapatkan rekod rayuan perayu daripada pihak penjara.
Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak, Yong Zarida Sazali pada 8 Sept lalu, menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa kepada tiga anak perempuan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.
Yong Zarida menjatuhkan hukuman penjara kepada lelaki itu selama 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa persetubuhan, mengabaikan dan mendera anak secara seksual sementara tambahan hukuman penjara 20 tahun lagi kerana dakwaan meliwat mangsa.
BACA: Liwat anak kandung: Bapa durjana dihukum penjara 48 tahun, 24 sebatan
Terdahulu, Foo Woei telah dilantik mewakili perayu pada 7 Mac lalu selepas memfailkan rayuan bagi mengurangkan hukuman pada Oktober 2017.
Perbicaraan jenayah seksual ini mendapat liputan luas termasuk media antarabangsa yang melihat ia sebagai kes berprofil tinggi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut hadir menyaksikan prosiding sebelum ini.
Astro Awani
Tue Mar 20 2018
Bapa tiga anak itu ketika di Mahkamah Putrajaya pada 8 Sept 2017. - Astro AWANI
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Remaja 14 tahun dirogol bapa, abang tiri
Seorang penganggur direman selama seminggu bermula Khamis selepas disyaki merogol adik tirinya yang berusia 14 tahun.
Bapa ditahan rogol, jadikan dua anak hamba seks sehingga hamil
Polis menahan seorang lelaki pada Selasa selepas dipercayai merogol dua anak kandungnya yang berusia 12 dan 15 tahun di Jeram sejak 2017.
Bapa didakwa rogol, seks luar tabii dan cabul anak kandung
Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak perempuannya, dua minggu lepas.
Bapa rogol anak kandung berusia 14 tahun sejak tiga tahun lalu direman tujuh hari
Bapa durjana dipercayai menjadikan anak perempuannya sebagai pemuas nafsu sejak remaja itu berusia 11 tahun.
Bapa hadapi 13 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap anak kandung
Bagaimanapun tertuduh yang juga seorang juruteknik mengaku tidak bersalah.
Bapa didakwa lakukan sumbang mahram terhadap dua anak kandung
Dia berhadapan dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya berusia 14 dan 19 tahun sejak April hingga September 2020.
Bapa durjana jadikan anak pemuas nafsu, 'jual' mangsa kepada rakan
Mangsa dipaksa tinggal dengan bapanya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai dan mangsa hanya tinggal berdua dengan bapanya di rumah tersebut.
Bapa tergamak ikat sebelum rogol dua anak, ibu pula subahat beri pil perancang
Seorang bapa durjana sanggup merogol dua orang anak perempuannya semata-mata untuk memuaskan nafsu dalam kejadian yang belaku di Indonesia.
Kes rayuan bapa bersalah 623 jenayah seksual ditunda 25 April
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 April sebagai tarikh mendengar rayuan seorang ejen hartanah yang dikenakan penjara dan sebatan atas kesalahan seksual terhadap anaknya.
Isteri histeria apabila tahu suami rogol anak ketika keluar mengemis
Malah, mangsa turut dirogol bapa kandungnya itu berulang kali sejak berusia 13 tahun ketika ibunya tidur.