awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 3 Mac depan

Bernama
Bernama
16/11/2022
10:13 MYT
Kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 3 Mac depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 3 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 3 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lepas.
Jasmine Cheong, salah seorang peguam yang mewakili bekas pakar patoloji, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan bahawa tarikh pendengaran rayuan ditetapkan semasa pengurusan kes sebelum ini pada 30 Sept dan 11 Nov lalu.
Beliau berkata satu lagi pengurusan kes telah ditetapkan pada 9 Dis ini untuk arahan mengenai penghujahan.
Pada 10 Julai 2020, Kunaseegaran, 59, pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran,51, dan empat penganggur R. Dinishwaran, 30, A.K. Thinesh Kumar, 29, M. Vishwanath, 32, serta S. Nimalan, 29, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mereka didapati bersalah membunuh Morais.
Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015 .
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.
Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 Sept 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh Kevin Morais
#Mahkamah Rayuan
#Timbalan Pendakwa Raya
#kes rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan