NATIONAL
Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat

Mohd Yusoff (tengah) semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. -Sinar Harian
KOTA BHARU: Jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan menunjukkan trend peningkatan ketara setiap tahun, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Ringkasan AI
- Jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat setiap tahun, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka.
- Faktor penyumbang termasuk konflik keluarga, kelalaian ibu bapa, percintaan bawah umur, dan pengaruh bahan lucah yang mudah diakses.
- Isu ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, komuniti, imam, ketua kampung, serta ibu bapa.
"Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan berkisar kepada tanggungjawab polis semata-mata, malah ia seharusnya turut melibatkan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, komuniti, imam, ketua kampung serta ibu bapa," katanya.
Mohd Yusoff turut mendedahkan terdapat kes remaja perempuan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa sebarang halangan daripada ibu bapa, selain kejadian melibatkan hubungan seksual seawal usia 10 tahun.
"Ramai juga pelajar yang menyimpan gambar atau video lucah dalam telefon bimbit mereka, ada yang merakam gambar bogel sendiri dan menghantarnya kepada kenalan yang baru dikenali menerusi media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami