Skip to main content

Malaysia

Kes rogol wanita OKU: Reman tiga pelarian Myanmar disambung lima hari

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - Gambar/ Bernama
Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - Gambar/ Bernama
Advertisement

KEMAMAN: Tempoh reman tiga pelarian Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual di sini, disambung lima hari lagi bermula esok sehingga Isnin depan.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan itu, ditahan pada Jumaat lepas dan tempoh reman awal mereka berakhir hari ini.

Advertisement

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek ditahan di Kampung Enjin Gergaji di sini, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat lepas.

Advertisement

Selain itu, polis turut menahan dua lagi lelaki pelarian Myanmar masing-masing berusia 23 tahun di Kampung Besut di Chukai, bagi membantu siasatan kes sama dan mereka direman sehingga Ahad.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement