Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57.17 juta yang tidak dibayar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam S. Saravana Kumar, yang mewakili Tengku Adnan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian termasuk jumlah yang perlu dibayar Ahli Parlimen Putrajaya itu kepada LHDN.
"Kedua-dua pihak telah menyelesaikan perkara itu secara baik," katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesaian dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus serta Timbalan Penguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain bagi pihak LHDN.
Saravana Kumar juga berkata mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian itu.
Pada 2 September lepas, kedua-dua pihak memaklumkan Azimah bahawa mereka dalam proses menyelesaikan kes saman itu.
Azimah telah memberikan tempoh selama dua minggu kepada kedua-dua pihak membincangkan penyelesaian itu dan berkata jika tidak ada penyelesaian pada 23 September (hari ini), mahkamah akan meneruskan pendengaran permohonan bagi penghakiman terus LHDN serta permohonan Tengku Adnan untuk menggantung prosiding.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.
Dengan penyelesaian itu, kedua-dua permohonan tidak akan didengar oleh mahkamah.
Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman itu pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan selaku defendan masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).
Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 23 2020
LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang. -Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.
Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.
Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20
Pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.
5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu.
Jururawat kerugian RM350,000 ditipu Macau Scam
Mangsa terima panggilan telefon dakwa mempunyai tunggakan cukai pendapatan dan diminta untuk melunaskannya.