KUALA LUMPUR: Bekas Pembantu Penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Presiden PKR itu.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada 28 Sept.
"Kes ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) pada 27 Dis ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhammed Yusoff memfailkan notis rayuan itu berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee yang menolak permohonannya pada 9 Sept lepas.
Permohonan itu adalah berhubung saman dikemukakan Muhammed Yusoff pada 14 Julai 2021 mengenai dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik tersebut empat tahun lepas.
Anwar selaku defendan kemudian memfailkan saman balas terhadap saman dikemukakan Muhammed Yusoff.
Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff selaku plaintif mendakwa, serangan seksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.
Muhammed Yusoff, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019 berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar pada 7 Dis 2019
Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuh dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin yang menyokong Anwar serta orang awam. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya. - Gambar fail
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
SUA Anwar diarah bayar RM80,000 kepada Yusoff Rawther
Tunku Nashrul selaku perayu turut dikenakan bayaran RM6,000 sebagai kos kepada Muhammed Yusoff.
SUA Anwar Ibrahim diperintah bayar RM200,000 kepada Yusoff Rawther
Hakim membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Muhammad Yusoff selaku plaintif terhadap Tunku Nashrul yang juga defendan.
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
Rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 28 September.
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther gagal batal tuntutan balas Anwar
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Yusoff untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Anwar.
Yusoff Rawther perlu bermuhasabah diri - Farhash Wafa Salvador
Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta bekas pembantu penyelidikan, Yusoff Rawther untuk bermuhasabah diri dan berusaha mencari rezeki secara halal selagi masih ada keupayaan.
Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther
Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther
Dakwaan Yusoff Rawther: Anwar beri keterangan di Bukit Aman
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan polis di Bukit Aman berhubung dakwaan dibuat bekas pegawai penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther.
'Yusoff bukan kanak-kanak, keterangan diberi demi keadilan terhadap dirinya' - Peguam
Peguam kepada Yusoff Rawther, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla menjelaskan tindakan anak guamnya memberi keterangan kepada polis demi mendapatkan keadilan diri,
Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
Polis telah mengambil keterangan bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.