KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama pertuduhan pengubahan wang haram oleh peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan menyaksikan dua saksi pendakwaan dipanggil.
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).
Perbicaraan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Afzainizam dalam ucapannya memberitahu mahkamah pihak tertuduh secara sengaja telah menyembunyikan fakta sebenar penerimaan wang tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh dalam kapasitinya sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara telah menerima sejumlah wang sebanyak RM9.5 juta sebagai fi guaman tetapi telah dengan sengaja menyembunyikan fakta tersebut daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
"Pembayaran fi guaman berjumlah RM9.5 juta ini dibuat melalui dua transaksi. Pembayaran pertama sejumlah RM4.3 juta telah diterima oleh tertuduh pada 5 September 2013," katanya.
Ujarnya, cek terbabit juga telah didepositkan ke dalam akaun peribadi tertuduh pada 5 September 2013.
"Tertuduh telah gagal untuk melaporkan penerimaan fi guaman ini kepada pihak LHDNM dalam Borang Taksiran seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Malaysia.
"Pihak pendakwaan akan membuktikan fakta-fakta ini dalam kes pendakwaan," katanya lagi.
Manakala pembayaran kedua sejumlah RM5.2 juta katanya telah didepositkan ke dalam akaun yang sama pada 17 Februari 2014.
"Kes pendakwaan berkenaan dengan pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua adalah hal keadaan dimana wang berkenaan yang telah diterima oleh tertuduh berserta kegagalan tertuduh untuk melaporkan kepada pihak LHDNM.
"Ini merupakan keterangan dimana mahkamah berhak menyimpulkan secara sepenuhnya bahawa tertuduh terlibat dalam aktiviti haram dan oleh yang demikian telah melakukan satu kesalahan dibawah perenggan 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," kata Timbalan Pendakwa Raya itu kepada mahkamah lagi.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, jelas Afzainizam, Muhammad Shafee didakwa memberi versi yang tidak konsisten berkenaan dengan alasan disebalik penerimaan pembayaran tersebut.
"Berkenaan pertuduhan ketiga dan pertuduhan keempat, pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah perenggan 113 (a)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang disenaraikan sebagai 'scheduled offence' dan oleh itu ia adalah kesalahan berat dimana perbuatan ini merupakan akviti yang menyalahi undang-undang dan dengan itu terjumlah kepada kesalahan pengubahan wang haram.
"Atas asas ini, tertuduh telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram di bawah perenggan 4 (1)(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pemnbiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya kepada mahkamah.
Tambahnya, dalam penyataan tertuduh kepada Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dirakam dibawah perenggan 30 (3)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 pada 28 Julai 2017, tertuduh menyatakan wang tersebut merupakan fi guamannya.
Namun begitu, Mahkamah jelas Afzainizam perlu mengambil kira fakta bahawa wang tersebut telah didepositkan ke dalam akaun peribadi milik tertuduh dan bukannya akaun firma guaman Tetuan Shafee and Co.
"Rakaman percakapan lanjut tertuduh telah diambil di bawah peruntukan yang sama pada 11 September 2018.
"Dalam pernyataan berkenaan, tertuduh menyatakan bahawa dia dan Najib Tun Razak telah bersetuju bahawa wang tersebut adalah pinjaman yang diberikan oleh Bekas Perdana Menteri itu kepadanya untuk perkhidmatan guamannya.
"Ketika sesi rakaman percakapan tersebut, tertuduh telah menyerahkan kepada pegawai perakam sekeping surat yang dikatakan dalam milikan tertuduh sejak 12 September 2013 dan dikatakan mempunyai tandatangan ringkas Najib Tun Razak," katanya kepada mahkamah lagi.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan tambahnya akan menunjukkan bahawa surat tersebut bukanlah satu surat yang sahih dan diwujudkan selepas 28 Julai 2017.
"Pihak pendakwaan akan bergantung kepada keterangan hal keadaan untuk membuktikan fakta ini.
"Pihak pendakwaan juga akan bergantung kepada keterangan hal keadaan yang sama untuk membuktikan 'mens rea' tertuduh ketika melakukan kesalahan pengubahan wang haram ini," katanya.
Bagaimanapun Muhammad Shafee pada 8 September 2018 dalam kenyataan media telah menyatakan bahawa RM9.5 juta merupakan fi guaman yang terhutang kepadanya sementara menunggu rationalisasi kertas kerja seperti yang dipersetujui Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
KETERANGAN SAKSI PERTAMA
Dalam perbicaraan itu, saksi pertama yang juga pengurus cawangan Ambank Berhad, Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 41, ketika pemeriksaan balas pihak pendakwaan mengesahkan kepada mahkamah butiran dan penyata akaun Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Dia turut mengesahkan dua cek asal AmIslamic Bank bertarikh 5 September 2013 berjumlah RM4.3 juta dan cek bertarikh 14 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta yang dibayar kepada Muhammad Shafee Abdullah.
"Saya mengesahkan ini merupakan cek asal AmIslamic Bank bertarikh 5 September 2013 berjumlah RM4.3 juta bayar kepada Muhammad Shafee Abdullah.
"Saya mengesahkan cek ini adalah transaksi keluar daripada akaun milik Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak, saya sahkan cek ini ditunaikan pada 11 September 2013 dan cek ini dibayar kepada individu bernama Muhammad Shafee Abdullah," katanya.
Manakala bagi cek AmIslamic Bank bertarikh 14 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta, Uma Devi turut mengesahkan transaksi pembayaran daripada pemegang akaun terbabit iaitu Datuk Seri Mohd Najib kepada Muhammad Shafee pada 17 Februari tahun sama.
"Saya juga sahkan bahawa tandatangan ini adalah tandatangan pemilik akaun iaitu Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak," jelasnya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya.
Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa tidak mengetahui tujuan kedua-dua cek yang dikeluarkan Bekas Perdana Menteri itu kepada Muhammad Shafee Abdullah.
Ketika ditanya, Uma Devi turut mengesahkan bahawa telah menyerahkan dokumen-dokumen salinan daripada dokumen asal kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 13 Mac 2019.
SAKSI KEDUA SAHKAN PEMBUKAAN AKAUN
Saksi kedua, Rosnita Ahmad, 41, yang juga Pengurus Cawangan CIMB Bank Bukit Tunku ketika pemeriksaan balas turut mengesahkan pembukaan akaun semasa milik Muhammad Shafee.
"Saya dapat camkan borang pembukaan akaun Southern Bank Berhad atas Muhammad Shafee dalam simpanan CIMB Bank cawangan Bukit Tunku.
"Muhammad Shafee Bin Md Abdullah telah menurunkan tandatangan beliau di ruangan "Applicant's Signature". Akaun ini adalah milik persendirian Muhammad Shafee," jelasnya kepada mahkamah.
Rosnita ketika ditanya turut mengesahkan terdapat transaksi kemasukan wang sebanyak RM4.3 juta secara "credit advice" ke dalam akaun milik Muhammad Shafee.
"Ini adalah cek asal AmIslamic Bank bertarikh 5 September 2013 yang berjumlah RM4.3 juta. Cek ini dibayar kepada Muhammad Shafee Abdullah dan telah dimasukkan ke dalam akaun (bhaaru) pada 11 September 2013 di CIMB Bank Cawangan Bukit Tunku.
"Saya sahkan bahawa cek bertarikh 5 September 2013 berjumlah RM4.3 juta dibayar kepada Muhammad Shafee telah didepositkan ke dalam akaun beliau pada 13 September 2013 kerana berdasarkan penyataan akaun beliau, cek tersebut pada 13 September 2013," jelas saksi itu lagi.
Turut disahkan salinan penyata akaun bagi bulan Februari milik Muhammad Shafee.
Ketika pemeriksaan balas, Rosnita turut mengesahkan kepada Mahkamah satu lagi cek atas nama Muhammad Shafee Abdullah bertarikh 14 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta.
Cek terbabit dibayar kepada tertuduh dan telah dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh di CIMB Bank Cawangan Buktit Tunku.
"Saya sahkan bahawa cek bertarikh 14 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta telah didepositkan ke dalam akaun Muhammad Shafee Abdullah pada 17 Februari 2014 berdasarkan kepada penyata akaun beliau," katanya lagi.
Perbicaraan hari ini kemudiannya ditangguhkan sehingga 28 Mei depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz sementara Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinderjit Singh.
Fareez Azman
Fri May 21 2021
Perbicaraan hari pertama peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyaksikan dua saksi pendakwaan dipanggil. - Foto ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.
Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana 1MDB.