KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini diberitahu bahawa cek berjumlah RM118,485 telah didepositkan ke dalam akaun Public Bank atas nama sebuah syarikat kereta.
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Berhad Cawangan Taman Sentosa, Johor Bahru, Seah Yeow Hwee, 59, berkata, berdasarkan salinan penyata bank, terdapat kemasukan wang tersebut ke dalam akaun Public Bank pada 27 Dis 2013.
"Saya sahkan ini adalah salinan imej cek Public Islamic Bank atas nama Sutera Auto Sdn Bhd berjumlah RM118,485 bertarikh 21 Dis 2013. Berdasarkan cop pada bahagian belakang cek tersebut, saya sahkan bahawa cek ini didepositkan ke dalam akaun Public Bank atas nama Sutera Auto Sdn Bhd," katanya.
Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Shahrir yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada prosiding sebelum ini, Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn Bhd, Rozana Khalid memberitahu mahkamah bahawa Shahrir telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 menggunakan sekeping cek.
Dalam pernyataan pembukaan sebelum ini, pihak pendakwaan akan membuktikan Shahrir terlibat secara langsung dengan aktiviti pengubahan wang haram apabila memperoleh wang berjumlah RM1 juta daripada Najib dan dimasukkan ke dalam akaun bank Public Islamic miliknya melalui sekeping cek bertarikh 27 Nov 2013.
Sementara itu, Seah yang telah berkhidmat di Public Bank Berhad selama 38 tahun itu bersetuju dengan peguam Syahrul Syazwan Salehin, yang mewakili Shahrir, bahawa berdasarkan salinan cek dan penyata bank, transaksi RM118,485 berlaku tanpa sebarang masalah.
Syahrul Syazwan: Berdasarkan dokumen iaitu salinan cek dan penyata bank, tiada sebarang isu dibangkitkan dalam transaksi ini (RM118,485) berkenaan dengan pengubahan wang haram pada ketika itu?
Seah: Tiada apa-apa yang mencurigakan.
Dalam pada itu seorang lagi peguam yang mewakili Shahrir, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros memohon agar pihak pendakwaan menyediakan pernyataan saksi bagi saksi yang bakal dipanggil dan diserahkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan, berikutan dua saksi yang memberi keterangan tidak disertakan dengan penyataan berkenaan.
"Kami juga mohon agar lebih ramai saksi dapat dipanggil (pada hari perbicaraan) supaya proses (perbicaraan) dapat disegerakan," katanya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin meminta pihak pendakwaan mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd, 'Afif Ali berkata, pihaknya mengambil maklum perkara itu dan akan memanggil enam lagi saksi untuk memberi keterangan dan tiga daripadanya adalah saksi penting.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Muhammad Jamil bersambung 3 Okt ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022

Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini diberitahu bahawa cek berjumlah RM118,485 telah didepositkan ke dalam akaun Public Bank atas nama sebuah syarikat kereta. - Gambar fail Astro AWANI

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Kes Shahrir Samad: Cek RM118,485 atas nama syarikat kereta dideposit dalam akaun bank
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank sahkan salinan imej cek Public Islamic Bank atas nama Sutera Auto Sdn Bhd.

Shahrir beri cek RM63,800 untuk kerja baik pulih bumbung bangunan - Saksi
Wang itu diterima Mustapha Ali menerusi sekeping cek daripada seorang peniaga, Syed Mohsin Syed Sagaf pada akhir Mac 2014.