SHAH ALAM: Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia berikutan persaingan dengan pasukan lawan adalah semata-mata dalam gelanggang.
“Sukan wajar kekal hanya sebagai sukan. Saat melangkah keluar selepas permainan, segala emosi terlebur dan jadilah kita tetap bersaudara.
“Saya tersentak apabila mendapat berita bahawa saudara Faisal telah ditimpa musibah ujian yang berat kelmarin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Media pada Ahad melaporkan, Faisal Halim cedera disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Difahamkan kejadian berlaku ketika pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.
Ia mengakibatkan Faisal dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan dilaporkan mengalami kecederaan di muka serta badan.
Tambah Zulkifli, aksi Sang Wira Harimau Malaya itu masih segar dalam ingatan kerana gol yang menakjubkan dijaringkan oleh Faisal semasa perlawanan menentang pasukan pilihan utama kejohanan Korea Selatan pada edisi Piala Asia Qatar 2023.
“Mungkin tidak keterlaluan saya katakan, kelincahan menggelecek dan ketajaman penyudahnya mengingatkan generasi seusia saya dengan almarhum Datuk Mokhtar Dahari,” katanya ringkas.
Pada masa sama, Zulkifli turut mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Faisal sambil mengirimkan kata-kata semangat kepadanya.
Menurutnya, perjuangan pemain bola sepak itu untuk terus berbakti mengharumkan nama pasukan Harimau Malaya masih panjang.
“Kepada Faisal, setiap apa yang berlaku ditentukan dalam takdir-Nya.
“Saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi selama kita bersabar, muhasabah dan reda dengan apa yang berlaku, insya-Allah. Saya sayang anda semata-mata kerana Allah SWT,” ujarnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 07 2024
Zulkifli berkata, ia berikutan persaingan dengan pasukan lawan adalah semata-mata dalam gelanggang. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi, kata bapanya.
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.