KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan rayuan akhir yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok adalah hari penting buatnya.
Bekas Perdana Menteri itu akan cuba mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd dalam prosiding selama sembilan hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.
Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional (BN), Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.
"Walaupun hari ini saya patut sibuk dengan peguam-peguam saya, tetapi saya pilih untuk bersama dengan Wanita.
"Ini yang saya buat kerana saya nak Wanita memahami sebagai seorang pemimpin, saya tetap bersama-sama berjuang bersama Wanita.
"Biarpun apa mereka buat, biarpun kezaliman kepada saya, isteri saya, keluarga saya, (tetapi) saya tetap istiqamah tidak akan undur seinci pun.
"Saya akan tetap berjuang bersama-sama wanita BN, dan kita pastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) milik BN," katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Prosiding esok dijangka dimulakan dengan pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).
Sekiranya permohonan itu gagal, prosiding akan diteruskan dengan rayuan akhir itu.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Pada 25 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.
Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam Teh Poh Teik dilantik bagi menggantikan peguam, Muhammad Shafee.
Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Naji
Hasimi Muhamad
Sun Aug 14 2022
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Najib diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.
Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.
Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.
Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu
Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank
Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak.
Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".
Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi
Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.