awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: Geran RM40 juta kepada Ihsan Perdana hanya untuk program CSR - Saksi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
15/05/2019
08:52 MYT
Kes SRC: Geran RM40 juta kepada Ihsan Perdana hanya untuk program CSR - Saksi
Shamsul Anwar ketika keluar dari bilik saksi di pekarangan mahkamah. -Bernama
Yayasan 1Malaysia Development Berhad (Y1MDB) memberi dana sebanyak RM20 juta setahun kepada syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) untuk menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan-kawasan bangsa Melayu yang dimenangi UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata jumlah sama juga diberikan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) untuk menganjurkan program CSR di kawasan-kawasan kaum Cina dan India yang dimenangi UMNO atau BN.
Saksi ke-37 dalam perbicaraan berhubung kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberitahu mahkamah bahawa sejak IPSB ditubuhkan pada 25 Julai 2011, geran perbelanjaan tersebut adalah bagi pelaksanaan program CSR sahaja.
Program yang dianjurkan termasuk Program Khas Haji Perdana (menghantar imam dan ketua kampung menunaikan haji), Nadi Kasih (membaik pulih rumah-rumah orang miskin), Insan Samudera (membantu nelayan membaiki bot, rumah dan bantuan pukat), serta Jalinan Murni (memberi bantuan khas kepada perkampungan Orang Asli).
Bagaimanapun, Shamsul memaklumkan RM5 juta digunakan untuk kos operasi syarikat tersebut.
Tambahnya, program CSR tersebut dirancang Ihsan Perdana tetapi Ahli Parlimen BN atau Ketua Bahagian UMNO menentukan kumpulan sasaran yang menyertai program CSR tersebut.
Ihsan Perdana turut menyediakan Laporan Program Pelaksanaan setiap tahun.
Untuk rekod, Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Topic Berkaitan
#CSR
#Ihsan Perdana
#Najib Razak
#SRC International
#tanggungjawab sosial korporat
#Y1MDB
#Yayasan 1 Malaysia Development Berhad
#Yayasan Rakyat 1Malaysia
#YR1M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan