Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengaku di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau berbohong kepada pihak media berhubung alasan peletakan jawatannya sebagai menteri pada 2016 untuk melindungi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Husni, 67, berkata beliau memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebenarnya ia adalah bagi melindungi dan menghormati Najib sebagai perdana menteri ketika itu.
Saksi pendakwaan ke-56 itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan berita yang disiarkan media bahawa peletakan jawatan beliau tiada kaitan dengan (isu yang melanda) kedua-dua syarikat.
"Yang Arif, anda mahu saya hormat PM atau tidak Atas rasa hormat, saya beritahu kepada media, ia tak ada kaitan (dengan 1MDB dan SRC). Saya bercakap (macam) itu, (sebab) saya nak lindungi “kisah sebenar” Saya tidak mahu ceritakan kisah sebenar kepada media. (Jadi) Saya kata saya berhenti (secara) sukarela.
“Surat khabar, dia tulis macam-macam, dia akan akan burukkan PM (Najib). Saya tidak bercakap benar (ketika itu). Saya nak lindungi PM,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib yang membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Terdahulu, Ahmad Husni berkata keputusan untuk melepaskan jawatannya secara suka rela dibuat selepas membaca berita bahawa beliau dipindahkan ke Unit Pembangunan Ekonomi (EPU).
Ketika itu, beliau ingin menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi dan memandangkan mesyuarat yang sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi berlangsung lewat, beliau sempat membaca surat khabar.
“Pada 27 Jun 2016, hari Isnin, biasanya kami ada Mesyuarat Majlis Ekonomi, biasanya (mesyuarat) bermula pukul 9.00 pagi tetapi pada hari itu, ia bermula pukul 11 pagi. Saya baca surat khabar (yang melaporkan bahawa) saya dipindahkan ke EPU,” katanya.
Ahmad Husni berkata selepas membaca berita itu, beliau mendiamkan diri dalam mesyuarat dan selepas mesyuarat tamat, beliau menemui Najib untuk bertanyakan perkara berkenaan.
“Saya beritahu PM saya faham yang beliau mahu memindahkan saya ke EPU, PM kemudian jawab, “ya, saya ‘pindah’ kamu ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya mahu kamu ke kementerian lain untuk cabaran baru,” katanya.
Ahmad Husni berkata beliau kemudian memberitahu Najib “tolong turunkan saya” sebelum kembali ke pejabatnya.
“Lepas itu PM telefon saya, tanya “ini sukarela ya Husni” dan saya menjawab ya,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau kemudian mengemaskan barangan dan dokumennya sebelum pulang ke rumah.
Kepada soalan Muhammad Shafee adakah saksi itu berhenti kerana dia dipindahkan ke kementerian lain, Ahmad Husni menjawab “ya.”
“Ya, (tapi) ia bukan pasal pertukaran tu semata-mata. Ada (isu) lebih besar dari itu, saya berjanji kepada Allah, (ada) isu lebih besar,” katanya yang mahu menjelaskan lanjut namun dipotong oleh Muhammad Shafee.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 08 2019
Ahmad Husni berkata keputusan untuk melepaskan jawatannya secara suka rela dibuat selepas membaca berita bahawa beliau dipindahkan ke Unit Pembangunan Ekonomi (EPU). - Gambar fail
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.