UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Kes SRC International: Kenapa Najib perlu 'bayar' harga tinggi semata-mata salah peguam? - Hakim

Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Najib Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas Perdana Menteri itu untuk membayar 'harga' yang tinggi.

Astro Awani
Fri Mar 31 2023
Kes SRC International: Kenapa Najib perlu 'bayar' harga tinggi semata-mata salah peguam? - Hakim
Abdul Rahman Sebli berkata, peguam Najib dinafikan peluang untuk berhujah selepas memaklumkan kepada panel hakim bahawa beliau tidak bersedia kerana mengambil kes itu pada saat terakhir. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Satu-satunya hakim yang bersetuju supaya permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Datuk Seri Najib Razak, dibenarkan, berpendapat adalah tidak adil bagi bekas Perdana Menteri itu untuk membayar 'harga' yang tinggi dengan meringkuk dalam penjara semata-mata kesilapan peguamnya.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini berkata, peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik telah dinafikan peluang untuk berhujah selepas memaklumkan kepada panel hakim bahawa beliau tidak bersedia kerana mengambil kes itu pada saat akhir.

"Selepas dimaklumkan kepada panel hakim bahawa beliau (Hisyam Teh) tidak bersedia, menyebabkan hanya satu pihak (pendakwaan) sahaja yang berhujah.

"Ini bermaksud hujah pemohon (Najib) langsung tidak didengari. Ini menjadikan pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil.

"Beliau  dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan. Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

"Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata hakim itu ketika membacakan keputusan di Mahkamah Persekutuan di sini, pada Jumaat.

Prosiding hari ini didengar lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
 
Keputusan dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.


Najib kekal di Penjara Kajang, permohonan ditolak


Pada 17 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Najib, Hisyam Teh untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir kes kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan, ketika membacakan keputusan panel hakim berkata, mahkamah ada kuasa budi bicara untuk menolak permohonan peguam menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam keadaan di mana tindakan penarikan diri itu boleh mengganggu kecekapan dan fungsi mahkamah.

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee


Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.
 
Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.

#Tengku Maimun Tuan Mat#Mahkamah Persekutuan#Najib Razak#SRC International
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara

KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara

KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor

Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional

SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional

Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand

Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand

Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram

Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram

Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu

Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu

Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM

Megat D Shahriman kekal terajui MPM

Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO

Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO

Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk

AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua

Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua

Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar

Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar

Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan

Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun

Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun

Keadilan yang menjadi sebagai asas penting masyarakat perlu boleh diakses secara universal dan bukan keistimewaan yang dikhaskan.
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung

Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung

Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun

Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun

Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun

Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan

Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan

MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu
Nik Elin terima banyak ugutan bunuh

Nik Elin terima banyak ugutan bunuh

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya baru-baru ini.
Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi

Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi

Fahmi berkata kenyataan Muhyiddin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.