KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri keenam negara itu menyatakan rasa kecewa di atas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya.
Dalam masa sama, Najib telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Najib menegaskan, persoalan pokok isunya itu ialah mengenai dana bernilai RM42 jua milik SRC yang dipindahkan ke akaun peribadinya.
"Sebagai seorang yang beragama Islam saya nak menyatakan Wallahi Wabilahi Wattawallahi… bahawa saya tidak tahu, saya tidak minta, saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan RM42 juta itu ke akaun peribadi saya," lafaz Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media secara dalam talian pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Sidang media Najib turut disertai peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di lokasi berasingan diadakan sejurus selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib seperti yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Pada 28 Julai 2020, Najib melafazkan sumpah laknat dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.
Dalam ucapannya, Najib antara lain menegaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai wang milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta itu.
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.
Dalam sidang media itu, Najib turut menyatakan kekecewaannya terhadap ulasan hakim bahawa apa yang berlaku telah mengaibkan negara.
“Saya sangat kecewa dengan itu (ulasan hakim),” ujar Najib.
Najib turut mengambil kesempatan memaklumkan, sepanjang menjadi Perdana Menteri, sudah banyak kejayaan yang dilakukannya untuk Malaysia termasuk menyediakan aset negara berjumlah RM2 trilion.
“Jika anda bercakap mengenai aib negara, ada isu skandal lain seperti forex (tukaran mata wang asing) yang menyebabkan negara kerugian RM31 bilion. Bukankah itu jauh lebih besar,” tegas Najib lagi.
Fareez Azman
Wed Dec 08 2021

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya berkaitan kes SRC International Sdn Bhd. - Gambar Astro AWANI

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Harga emas turun, kedai emas kena serbu
Tinjuan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

China Eastern MU5735: Tiada kenyataan berhubung nahas dikeluarkan NTSB - CAAC
CAAC dalam pada itu berkata ia akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya.
![[TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin [TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967463/41447416701652849943688_640x360.jpg)
[TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin
Ahli Parlimen Muar yang juga pengasas parti MUDA mengeluarkan kenyataan sebagai tanda solidariti kepada penyanyi dan komposer Yassin yang kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. Kata Syed Saddiq, kerajaan harus mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

Sweden, Finland serah permohonan sertai NATO
Sweden dan Finland akan bersama-sama mengemukakan permohonan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Rabu.

Jualan e-dagang menyusut, orang ramai pilih 'keluar' membeli-belah
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang menurun 4.2 peratus.

Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil kira aspek keselamatan ketika pembinaan tembok penahan ombak dan sesiaran pejalan kaki.

AWANI Ringkas: HFMD memburuk di Melaka, 12 premsi ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jerebu | Tiada jerebu sehingga Jun ini - Met Malaysia
Peralihan Monsun Barat Daya yang baru melanda negara sejak 14 Mei dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya situasi jerebu dalam tempoh dua bulan akan datang. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, seluruh negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun yang menyaksikan berlakunya hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan.

Layanan Buruk | Polis siasat anggota 'sekolahkan' pengadu
Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita di media sosial mengenai layanan buruk anggota bertugas semasa membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Isnin lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan siasatan tataterbit telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.

Najib dakwa bekas pengurusan SRC sebabkan kerugian berbilion ringgit
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa berbilion ringgit dana SRC International Sdn Bhd telah diselewengkan melalui pelaburan meragukan yang dibenarkan oleh bekas pengarah dalam pengurusan terdahulu.

Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei
Jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah Tinggi arah Najib fail pernyataan pembelaan
Saman AS$1.18 bilion difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.

SRC peroleh injunksi mareva halang Najib pindahkan aset bernilai sehingga RM42 juta
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini.

Isu kedudukan JAKIM, hutang 1MDB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Abdul Latif Abdul Rahman mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja.

SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

SRC International: Tujuh tuduhan Najib boleh dibatalkan, wujud konflik kepentingan - Peguam
7 pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas PM boleh dibatalkan susulan kegagalan Hakim Datuk Mohd Nazlan mendedahkan jawatannya selaku antara lain setiausaha syarikat.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu
Permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.