Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melafazkan sumpah laknat dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.
Dalam ucapannya, Najib antara lain menegaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai wang milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta itu.
"Sebagai seorang Muslim, walaupun saya sudah katakan, izinkan saya mengucapkannya lagi. Wallahi Wabilahi Watallahi ... bahawa saya tidak menuntut RM42 juta, saya tidak merancang RM42 juta itu dan RM42 juta tidak ditawarkan kepada saya dan belum ada bukti mengatakan demikian. Hanya itu yang saya mahu katakan," katanya.
Tambah Najib, 67 tahun, sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir 10 tahun, pelbagai perubahan dari infrastruktur sehinggalah kepada pendapatan golongan nelayan.
LAPOR LANGSUNG - NAJIB BERSALAH ATAS TUJUH PERTUDUHAN
"Sejak saya memegang jawatan sebagai PM selama sembilan tahun, saya berjaya membawa peningkatan ekonomi negara kepada 5.9 peratus pada 2019. Kita juga melihat pasaran stok meningkat kepada 1900 point tertinggi dalam sejarah Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).
BACA: Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah
BACA: Kes SRC: Tiada rakyat yang melepasi undang-undang - Pihak pendakwaan
BACA: Kes SRC: 99.9 peratus wang diguna untuk kebajikan, bukan dibelanja Najib - Shafee
"Pada pemerintahan saya, pelbagai infrastruktur mega di bina termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan awam. Saya juga memastikan golongan sederhana, nelayan, penjawat awam ditingkatkan pendapatan mereka dengan program berskala besar," ujar veteran politik itu.
BACA: Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International
"Petronas juga mendapat dividen tunai RM 170 billion tunai dan ia satu pencapaian terbaik untuk Petronas, Khazanah juga, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji juga meningkat dividen mereka ketika zaman pemerintahan saya.
"Saya juga bersikap adil kepada masyarakat dengan menghapuskan Akta ISA, sesuatu yang saya tidak diberikan kredit. Ia untuk memastikan negara kita tidak melalui masalah salah guna kuasa. Saya juga mengemukakan cadangan untuk meaksanakan sistem derma politik yang lebih telus tetapi cadangan itu memerlukan sokongan bipartisan. Tetapi pembangkang ketika itu tidak setuju dan cadangan itu tidak dapat dilaksanakan," katanya.
Fareez Azman
Tue Jul 28 2020
Tambah Najib, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir 10 tahun, pelbagai perubahan dari infrastruktur sehinggalah kepada pendapatan golongan nelayan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersumpah laknat di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa dia tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.