PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya, sebaliknya telah menggunakannya, kata Mahkamah Rayuan hari ini.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.
Dalam penghakiman ringkas setebal 54 muka surat itu, hakim berkata Najib tidak pernah membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan dana itu sesuka hatinya.
"Tidak pernah ditunjukkan penggunaan dana itu ada kaitan dengan SRC International atau perniagaannya. Hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) menganggap pemindahan dana itu ke dalam akaunnya mesti dilakukan dengan pengetahuan perayu kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan RM42 juta tersebut.
"Oleh itu, keseluruhan keterangan mengukuhkan kesimpulan hakim bahawa perayu pasti mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaunnya," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga bersetuju dengan penemuan hakim perbicaraan bahawa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan bahawa pergerakan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyalahgunaan yang tidak jujur," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Hakim Abdul Karim juga berkata RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib dan tidak pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain dan RM42 juta itu digunakan oleh perayu (Najib).
Sebaik sahaja dana berkenaan diterima ke dalam akaun bank perayu, beliau menggunakan dana tersebut dengan mengeluarkan beberapa cek.
"Dalam keadaan ini, perayu sudah mengetahui dana yang dikreditkan ke dalam akaun banknya, dan mengikut undang-undang, beliau bertanggungjawab dan akan dipertanggungjawab terhadap aktiviti dalam akaunnya," kata hakim.
Hakim juga bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting mengenai penyelewengan harta yang diamanahkan oleh perayu telah digunakan dengan jelas.
Beliau berkata keterangan jelas menunjukkan perayu telah menyeleweng RM42 juta, subjek tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan memindahkan untuk kegunaan beliau sendiri serta telah menyeleweng secara tidak jujur.
Dana diguna untuk kepentingan peribadi
Hakim Abdul Karim berkata walaupun perayu berpendapat bahawa dana itu digunakan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hakikatnya dana tersebut telah digunakan untuk kepentingan peribadinya, secara langsung dan tidak langsung, dan dalam beberapa kes untuk tujuan politik yang berkaitan dan dikira untuk memajukan kerjaya politik perayu.
Hakim Abdul Karim berkata mahkamah juga bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Najib menguruskan hal ehwal SRC International dan oleh sebab itu beliau telah diamanahkan menjaga dan melindungi aset serta harta syarikat.
"Ini terbukti selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan atas kedudukan itu, bekas perdana menteri itu telah mengeluarkan arahan kepada pemegang saham yang perlu dipatuhi oleh Lembaga Pengarah SRC.
"Peranan perayu itu secara rasminya berkuat kuasa setelah beliau dilantik sebagai Penasihat Emeritus syarikat dengan meluluskan pindaan terhadap Tataurusan Persatuan yang membolehkan jawatan itu diwujudkan.
"Pelantikan ini bagi membolehkan beliau mengarahkan Lembaga Pengarah SRC untuk bertindak mengikut arahannya.
"Atas dasar itu, pelbagai peranan perayu iaitu sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus, jelas menunjukkan beliau telah mengarah dan mengawal minda SRC," katanya.
Derma Arab Saudi
Berhubung derma Arab Saudi, hakim berkata keterangan jelas menunjukkan bahawa dana itu berasal daripada SRC International dan berakhir di dalam akaun peribadi Najib.
"Sekiranya ia adalah derma peribadi daripada keluarga Diraja Arab Saudi kepada perayu, maka tiada alasan dana itu perlu didepositkan ke dalam akaun SRC. SRC ialah syarikat berkaitan kerajaan yang dimiliki oleh MOF Inc," kata Hakim Abdul Karim.
Berkenaan pertuduhan pengubahan wang haram, hakim berkata mahkamah mendapati dana RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta yang diterima perayu ke dalam akaun bank peribadinya adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan dengan itu ia suatu elemen kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram).
Beliau berkata panel hakim juga sependapat dengan Hakim Mahkamah Tinggi mengenai hujah Najib bahawa beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk tidak mengesyaki sebarang perkara pelik mengenai kemasukan RM42 juta ke dalam akaunnya, adalah ternyata tidak benar dan meleset.
Hakim seterusnya berkata Najib sengaja menutup matanya dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan asal usul dana itu, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada orang lain, dan pada masa sama membelanjakan wang berkenaan untuk tujuan peribadi dan manfaat diri sendiri.
Justeru, Mahkamah menolak rayuan Najib untuk mengenepikan sabitan dan penjara 10 tahun ke atas setiap tiga kes tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.
Hakim Abdul Karim berkata panel hakim berpendapat bahawa kedua-dua hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan yang dikenakan hakim Mahkamah Tinggi adalah tidak keterlaluan.
"Tempoh hukuman penjara dan denda yang dikenakan didapati memadai dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," tambah hakim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Hakim Abdul Karim juga berkata RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib dan tidak pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain dan RM42 juta itu digunakan oleh Najib. - Gambar fail/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan, namun ditolak mahkamah
Panel hakim menolak permohonan Hisyam Teh yang menjemput Muhammad Shafee kembali bersama pasukan pembelaan.
Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.
Kes SRC International: 'Saya sedia hadapi ujian dengan tenang dan reda' - Najib
Najib bersedia menerima apa sahaja keputusan berhubung sabitan salah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana.
Kes SRC International: Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu
Ia selepas panel tiga hakim mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan bagi bela diri kes SRC
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.