KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram hari ini menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya meletak jawatan daripada kedudukannya sebagai menteri kewangan untuk bertanggungjawab ke atas perkembangan yang berkaitan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan milik SRC International Sdn Bhd.
Memetik model tadbir urus Westminster, pendakwa itu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa menteri kewangan yang bertanggungjawab akan meletak jawatan jika masalah seperti di SRC ini berlaku.
Sithambaram: Jika sesuatu seperti ini berlaku dalam model kerajaan Westminster (sistem politik UK), menteri kewangan akan meletak jawatan. Adakah anda bersetuju?
Najib: Saya tidak setuju. Saya simpan komen saya kemudian. Sebenarnya, saya ada banyak untuk dikatakan ... ada banyak contoh yang boleh saya berikan.
Sithambaram: Tak apa tuan. Ini adalah kes saya. Tolong jangan buat ucapan politik.
Najib: Anda yang mencadangkannya. Jadi jika kapal terbang hilang, menteri pengangkutan mesti meletakkan jawatan? Tidak masuk akal.
Sithambaram: Datuk Seri, saya mencadangkan kepada anda bahawa, anda perlu bertanggungjawab dalam kes ini.
Najib: Tidak setuju
Hujah yang panas antara bekas perdana menteri dan Sithambaram terhenti setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memberitahu supaya diteruskan dengan soalan lain.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, membabitkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC.
Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak menyedari bahawa SRC tidak membuat apa-apa pelaburan.
Sithambaram: Kenapa anda tidak campur tangan? Ia melibatkan wang pesara, bagaimana anda tidak tahu?
Najib: Terdapat sistem pelaporan, saya tidak tahu pada masa itu.
Sithambaram: Tetapi anda berdiam diri selama tujuh tahun, perkara ini sudah heboh tetapi anda tidak berbuat apa-apa. Adakah anda bersetuju atau tidak setuju?
Najib : "Tidak, saya tidak setuju".
Apabila Sithambaram mencadangkan bahawa tidak ada pelaburan yang dibuat oleh SRC, Najib menjawab bahawa maklumat ini dia tahu sekarang, tetapi tidak pada ketika itu.
Sithambaram: Anda bersetuju bahawa sehingga anda berundur, tidak ada yang dilakukan untuk merealisasikan dan mewajarkan pinjaman yang diberikan dari Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Tiada apa-apa yang dilakukan untuk mewajarkan pinjaman KWAP.
Najib: Pinjaman ini diberikan berdasarkan SRC akan membuat pelaburan.
Semasa prosiding terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa KWAP telah memberikan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC berikutan penglibatan Najib.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu hadir di mahkamah hari ini bagi menghadapi kes SRC. - Foto BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
Zahid Hamidi 'saksi kritikal', sokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.