awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes sumbang mahram: Bayi sihat, ibu masih lemah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2025
08:30 MYT
Kes sumbang mahram: Bayi sihat, ibu masih lemah
Bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad lalu dilaporkan berada dalam keadaan sihat. -Foto fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad lalu dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala ibunya masih lemah dan sedang menerima rawatan di hospital.

Ringkasan AI
  • Bayi lelaki yang dibuang di Besut dilaporkan sihat, sementara ibunya masih lemah dan menerima rawatan hospital.
  • Pegawai JKM melawat ibu dan bayi tersebut, yang masih di bawah jagaan hospital sehingga pulih sepenuhnya.
  • Polis menyiasat kes ini yang melibatkan remaja perempuan 16 tahun dan adik lelakinya yang berusia 14 tahun atas dakwaan sumbang mahram.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Maizura Ngah Abd Manan berkata, pegawai JKM telah melawat ibu dan bayi berkenaan pada Isnin.
"Pegawai JKM sudah melawat semalam. Ibu masih lemah manakala bayi berada dalam keadaan sihat.
"Ketika ini, kedua-duanya masih menerima rawatan di Hospital Besut dan belum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurutnya, setakat ini ibu dan bayi lelaki berkenaan diletakkan di bawah jagaan pihak hospital sehingga kedua-duanya benar-benar pulih dan bebas daripada sebarang risiko kesihatan.
"JKM akan mengambil alih tugas penjagaan sehingga kes mahkamah selesai.
"Kita sentiasa mengambil berat dan memantau perkembangan kes yang melibatkan ibu serta remaja bawah umur," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Besut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan merupakan hasil hubungan sumbang mahram melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan seorang ahli keluarganya.
Menurutnya, sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah berkenaan.
Polis turut menahan reman seorang lelaki berusia 14 tahun yang juga merupakan adik kepada remaja perempuan itu bagi membantu siasatan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan sumbang mahram. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keadaan bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Besut? A: Bayi lelaki tersebut dilaporkan berada dalam keadaan sihat, manakala ibunya masih lemah dan sedang menerima rawatan di hospital.
  • Q: Siapakah yang mengambil alih tugas penjagaan ibu dan bayi lelaki tersebut sehingga kes mahkamah selesai? A: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu bertanggungjawab mengambil alih tugas penjagaan sehingga kes mahkamah selesai.
  • Q: Apakah kesalahan yang sedang disiasat oleh polis berkaitan penemuan bayi lelaki tersebut? A: Polis sedang menyiasat kesalahan membuang bayi dan kesalahan sumbang mahram berdasarkan Seksyen 317 dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#sumbang mahram
#jkm
#bayi dibuang di belakang rumah
#Kampung Alor Lintang Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan