KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ada membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kelantan dipercayai bagi membolehkannya bekerja di Arab Saudi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
"Suspek ingin bekerja di Arab Saudi, sebab itu dia buat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.
"Kita akan menyambung reman suspek tujuh hari lagi selepas tempoh remannya tamat Isnin ini dan dia dijangka akan dituduh dalam masa terdekat.
"Sehingga hari ini, seramai 27 individu dirakam percakapan termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan," katanya kepada media ketika ditemui di Masjid Negara, di sini pada Sabtu.
Kata beliau, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan.
"Motif utama masih sama iaitu disebabkan hal peribadi,” katanya.
Terdahulu, Hussein hadir bagi memberi penghormatan kepada bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Haniff Omar yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada pukul 2.15 pagi tadi.
Suspek sebelum ini ditahan di depan sebuah hospital swasta di Kelantan selepas seminggu pulang dari Arab Saudi dan bertindak melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan mendapati suspek pulang dari Arab Saudi dan terus ke Bangkok, Thailand sebelum masuk ke negara ini melalui Kelantan.
Pistol Glock 19 Austria yang digunakan suspek dalam cubaan membunuh isterinya juga dipercayai dibeli daripada lelaki Thailand dengan harga RM5,000.
Hussein dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati, suspek menghubungi lelaki Thailand berkenaan melalui seorang kenalannya kira-kira dua atau tiga minggu sebelum kejadian.
Dalam insiden jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu, suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan antarabangsa KLIA Terminal 1.
Bagaimanapun, tembakan itu terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi isteri suspek. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 20 2024
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembakan di KLIA direman 7 hari
Perintah reman bermula hari ini sehingga 22 April (Khamis) bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek.