awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2024
09:45 MYT
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Muhammad Hazwan menyifatkan perkembangan rawatan Faisal sangat memberangsangkan dan pihak kelab gembira dengan keadaan itu. - Gambar fail/IG faisalhalim.7
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan tiga pembedahan sebelum ini.
Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, prosedur tersebut akan dilakukan dengan mengambil kulit lain di bahagian badan Faisal dan ditampal pada tempat lecuran akibat simbahan asid tersebut.
Menurutnya, ia juga mungkin akan menjadi pembedahan terakhir yang akan dilalui Faisal sekiranya pembedahan keempat itu berjalan lancar.
"Semua proses rawatan Faisal mengikut rancangan. Dari segi tempoh, kita kena tengok perkembangan klinikal dan prosedur seterusnya minggu hadapan melibatkan 'split skin graft' itu jika tiada apa-apa halangan.
"Bahagian kulit yang akan diambil itu bergantung kepada pemeriksaan pakar bedah nanti. Banyak perkara perlu diambil kira terutama kawasan kulit mana yang sesuai dan sebagainya.
"Namun, kalau tengok dari segi prosedur kemungkinan akan diambil daripada bahagian paha. Tetapi, untuk bahagian teknikal ini kita biarkan pakar buat keputusan," katanya.
Faisal yang mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badannya selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali telah melalui tiga pembedahan termasuk prosedur 'skin allograft' menggunakan kulit dari Belgium.
Dalam pada itu, Muhammad Hazwan turut menyifatkan perkembangan rawatan Faisal sangat memberangsangkan dan pihak kelab gembira dengan keadaan itu.
"Sepanjang minggu ini kita dapat tengok bahawa perkembangan Faisal sangat memberangsangkan. "Kadar penyembuhan tu, Alhamdulillah dari segi pihak pakar dan pihak kelab sangat gembira," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Selangor FC
#disimbah asid
#kulit peha
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan