Kes tikam, langgar: 13 individu ditahan setakat ini

Astro Awani
Disember 21, 2017 11:13 MYT
Polis Johor menahan empat lagi suspek ditahan berhubung kes bunuh di Taman Pelangi, Johor Bahru. - Gambar fail Bernama
Polis Johor menahan empat lagi suspek di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan kes tersebut berjumlah 13 individu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu, sembila daripada yang ditahan merupakan lelaki manakala selebihnya wanita yang berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun.
"Kita masih lagi meneruskan siasatan bagi mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Hari ini, enam individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru
BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek
BACA: 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu
BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru
#Datuk Mohd Khalil Kader Mohd #Johor Bahru #ketua polis johor #langgar #Taman Pelangi #tikam