KUANTAN: Kes tipu merupakan penyumbang utama dalam peningkatan kes komersial di Pahang bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, dengan 801 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian sebanyak RM15.06 juta.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah itu meningkat daripada 623 kes dengan kerugian lebih RM12 juta bagi tempoh sama tahun lepas, menunjukkan kes jenayah komersial di negeri ini membimbangkan.
Secara keseluruhan, untuk tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menerima 843 kes setakat Mei lepas.
Selain itu, Ramli berkata statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang menunjukkan penurunan sebanyak 160 kes bagi tempoh sama iaitu 775 kes berbanding 935 kes pada tahun lepas.
"Nilai rampasan dadah setakat ini menunjukkan peningkatan iaitu dianggarkan bernilai RM793,925 jika dibandingkan dengan RM597,921 bagi lima bulan pertama tahun lepas," katanya pada Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Berdasarkan statistik itu, Ramli berkata lebih banyak operasi perlu dilakukan untuk mengurangkan dan membanteras jenayah narkotik di Pahang.
Pada ucapannya, Ramli juga mengingatkan kepentingan mengamalkan elemen integriti bagi memastikan perkhidmatan lebih profesional, beramanah, bertanggungjawab dan berkualiti tinggi diberikan oleh warga polis Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah itu meningkat daripada 623 kes dengan kerugian lebih RM12 juta bagi tempoh sama tahun lepas, menunjukkan kes jenayah komersial di negeri ini membimbangkan. - Gambar fail/Bernama

Mayat wanita warga emas ditemui terapung
Mangsa yang berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Agong optimis hubungan Malaysia-Turkiye terus meningkat ke tahap lebih tinggi
Yang di-Pertuan Agong optimis hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turkiye akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi menjelang 60 tahun tahun hubungan kedua-dua negara pada 2024.

Polis tahan empat lelaki dipercayai Ah Long, seludup rokok
Polis turut merampas wang tunai lebih RM86,000 dan 600 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM34,200.

Batu asas utama sudah PM Ismail Sabri letakkan, kembali tumpu agenda jangka sederhana, panjang
Rekod pencapaian setahun Datuk Seri Ismail Sabri bukti ketegasan di sebalik imej lemah lembut.

Penghuni pusat pemulihan dadah maut, ustaz dan tiga warden direman
Perintah reman terhadap ustaz berusia 25 tahun dan tiga warden lelaki bermula Sabtu sehingga Jumaat depan.

Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad.

Lagu 'Pink Venom' BLACKPINK dahului carta di 69 negara
Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK "Pink Venom" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia.

Video berparti tular, PM Finland jalani ujian kesan penggunaan dadah
Sanna Marin berkata tiada sebarang penggunaan dadah sebaliknya beliau hanya meminum minuman beralkohol secara sederhana.

Sabah sasar pelaburan langsung asing melepasi RM7 bilion
Kerajaan negeri akan terus mempermudahkan laluan pelaburan asing untuk terus masuk ke dalam negeri itu.

Hentikan serangan peribadi terhadap badan kehakiman - Faizal Azumu
Tindakan tersebut disifatkan tidak beretika dan mengganggu badan kehakiman serta mengundang persepsi negatif selain memalukan nama baik negara.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional, MN untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini. Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebaliknya berkata terdapat Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN sejajar dengan pendirian parti itu.

Kes SRC | Hentikan serangan terhadap badan kehakiman
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa agar dihentikan serangan peribadi terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan prosiding rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd. Menurut Timbalan Presiden Bersatu itu, tindakan tersebut tidak beretika dan menganggu badan kehakiman serta mengundang persepsi negatif selain memalukan nama baik negara.

Malaysia-Rusia | Sentimen tidak jejaskan program di Russian House
Svetlana Kovaleva tidak melihat Sentimen Anti-Rusia kesan daripada pencerobohan negara itu ke atas Ukraine sebagai punca beberapa program yang diadakan di Russian House kurang mendapat sambutan. kata Ketua Russian House ini, adalah menjadi hak masing-masing untuk memboikot atau menyokong mana-mana inisiatif digerakkan untuk manfaat bersama. Namun tegas beliau, ia merupakan tanggungjawab setiap warganegara yang bekerja di luar negara mempertahan dan memberi sokongan kepada pemimpin mereka.