KUALA LUMPUR: Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mengenai darurat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada Selasa.
Menurut Rayer, beliau telah dihubungi pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Isnin.
"Guan Eng akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, di laman Twitter, Guan Eng mempertikai tindakan berkenaan.
"Satu lagi tindakan untuk melenyapkan suara pembangkang selepas parlimen digantung demi mengekalkan kuasa kerajaan PN yang sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen?," katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Pada 12 Januari lalu, PH dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Guan Eng menolak rasional serta alasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada ancaman Covid-19.
Kata kenyataan itu, undang-undang sedia ada termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak tersebut.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021

Polis Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mengenai darurat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

UMNO beri PH 'nyawa' jika tidak bersama PN - Penganalisis politik
Sekiranya UMNO kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional, tindakan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

PKR kekal tanding di Parlimen, DUN yang dikhianati - Saifuddin
Keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15.

Politik Melayu perlu bersatu - SEDAR
Amat mengecewakan jika UMNO, Pas dan Bersatu gagal mencari kesepakatan sebagai satu pasukan yang mantap.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.

Politik Sabah : Dakwaan Adun Warisan keluar ramai-ramai satu fitnah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan Sabah (Warisan) di pantai timur Sabah kekal utuh bersama parti berkenaan.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.