awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
18/11/2023
08:29 MYT
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata penyakit tuberkulosis di Malaysia sentiasa ada, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik kerana Bahagian Kesihatan Awam KKM sering memantau perkembangan jangkitannya.
"Bahagian Kesihatan Awam sedang melihat isu ini dan kita tak nak perkara yang tidak benar disebarkan, sebab kita tak nak nanti orang ramai jadi panik. Tuberkulosis memang ada, cuma ia dalam kawalan.
"Kita kena galakkan pesakit, kalau ada apa-apa tanda tentang penyakit itu khusunya batuk berterusan, terus pergi dapatkan rawatan," katanya kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penyakit tuberkulosis dalam masa terdekat.
Antara simptom utama penyakit tuberkulosis ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
Terdahulu ketika berucap pada program berkenaan, Dr Zaliha berkata pendekatan komprehensif secara One Health diperlukan bagi membendung penyebaran Kerintangan Antimikrob (AMR-Antimicrobial Resistance).
Beliau berkata AMR tidak hanya memberi impak kepada kesihatan manusia, tetapi juga merangkumi kesihatan haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.
Katanya Malaysia giat memerangi AMR melalui pendekatan One Health dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerintangan Antimikrob Kebangsaan (NARC) pada 2017.
"Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar ini memainkan peranan penting dalam mengawasi dan menyelaras strategi serta aktiviti berkaitan pembendungan AMR.
"Ini termasuk program kesedaran dan pendidikan, pemantauan dan penyelidikan, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta pengawalan penggunaan antimikrob yang bersifat munasabah," katanya.
Pada majlis itu, Dr Zaliha juga melancarkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022-2026, yang turut merangkumi sektor kesihatan alam sekitar dan tumbuhan.
"Pelan tindakan baharu ini berazam untuk menyusun program antimicrobial stewardship (AMS) yang berjaya dan mampan di kedua-dua kemudahan penjagaan kesihatan awam dan swasta, serta dalam sektor kesihatan haiwan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kes tuberkulosis
#Cheras
#terkawal
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan