awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang haba landa selatan Australia, cetus amaran kebakaran belukar
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Pelan Damai Gaza: Malaysia, Turkiye boleh gembleng negara-negara Islam bukan Arab – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tuhan Harun dan pengikut bunuh pegawai JAIP dibicara serentak

Bernama
Bernama
23/06/2014
06:03 MYT
Kes tuhan Harun dan pengikut bunuh pegawai JAIP dibicara serentak
Hakim Ab Karim menetapkan tarikh perbicaraan kes itu pada 27 hingga 31 Okt - Gambar Fail
Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan perbicaraan serentak kes bunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek membabitkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat dan lima pengikutnya bermula Oktober.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas permohonan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh.
Hakim Ab Karim menetapkan tarikh perbicaraan kes itu pada 27 hingga 31 Okt.
Harun, 48, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu Harun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan tiga lagi pengikutnya, Jefferi Safar, 37, Sumustapha Suradi, 39; Shamsinar Abdul Halim, 37, dan seorang lagi yang masih bebas, dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli pada 10 Nov tahun lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 tengah hari, 10 Nov 2013.
Sumustapha, Shamsinar dan seorang lagi yang masih bebas juga dituduh membunuh Ahmad Raffli pada tempat, tarikh dan masa yang sama.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Raffli Abd Malek
#bunuh
#Tuhan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan