KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan isu yang sedang tular di media sosial berhubung 'beberapa kakitangan JPN Pulau Pinang dicekup polis kerana terlibat pengeluaran dokumen palsu yang sah', berlaku pada 2019.
JPN dalam kenyataan malam ini memaklumkan kes berkenaan merujuk kepada kes tangkapan seorang pegawai JPN Pulau Pinang pada tahun tersebut.
"Siasatan telah dilakukan oleh pihak berwajib ketika itu dan pegawai telah ditahan dan dituduh di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Untuk makluman, perbicaraan kes berkenaan sedang berjalan dan tertuduh masih ditahan di penjara," menurut kenyataan itu.
Pada 2019, media melaporkan beberapa pegawai dan kakitangan JPN yang disyaki terbabit dalam sindiket penjualan MyKad di Pulau Pinang diburu sepanjang Op Biru Fasa Kedua.
Menurut kenyataan itu JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangannya yang didapati terlibat dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan jabatan itu serius dan memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.
Selain itu, menurut JPN kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa lain juga sentiasa dijalankan bagi memastikan tiada ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"JPN juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat yang diperoleh dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat itu sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan," menurut kenyataan itu.
Menurut JPN perkongsian maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan dan keraguan dalam kalangan masyarakat.
"Semua pihak diseru agar bersama-sama menyebar maklumat yang tepat dan memberi persepsi yang jelas serta sahih kepada masyarakat di luar sana," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
JPN memaklumkan kes berkenaan merujuk kepada kes tangkapan seorang pegawai JPN Pulau Pinang pada tahun tersebut.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ulat dalam telur masin, premis makanan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini, ditutup serta-merta.
‘Abang Bas’ didakwa lakukan amang seksual, menangis di kandang tertuduh
Seorang pemandu bas yang ditahan kerana memuat naik rakaman video penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah dan menggelarnya sebagai 'crush' didakwa di mahkamah hari ini.
Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
'Pesan mi tarik, dapat nasi daging babi'
Izham Nayan dakwa pekerja sebuah syarikat penghantar makanan tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.