awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2022
10:31 MYT
Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan berhujah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa kesemua pernyataan bertulis Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican perlu diterima kerana ia menyentuh isu sikap bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly ketika bertugas.
Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata demikian ketika prosiding kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hisyam berkata, kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid, maka mahkamah perlu menerima bukti itu asalkan ia berkaitan dengan kes tersebut.
“Pernyataan bertulis Fadzlette tidak sepatutnya dipadam dan wajar diterima selagi ia relevan bagi menyanggah kredibiliti Mazlina.
"Malah Fadzlette merupakan saksi pembelaan yang bebas dan keterangannya adalah material bagi menunjukkan sikap Mazlina yang cuai, enggan menurut perintah dan membelakangkan arahan yang diberikan," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran menghujahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Mazlina bertindak berat sebelah dan mempunyai niat tidak baik terhadap bekas ketuanya sendiri.
Mazlina sudah disoal balas ketika di peringkat pendakwaan, maka keputusan sama ada saksi itu boleh dipercayai atau tidak, akan ditentukan oleh hakim pada akhir perbicaraan kelak.
“Tujuan pasukan pembelaan hanyalah untuk memburuk-burukkan Mazlina dan menampakkan sikapnya yang tidak elok,” katanya.
Selepas kedua-dua pihak selesai berhujah, Sequerah berkata, akan menyampaikan keputusan permohonan tersebut pada Rabu.
Pada Isnin, pasukan pendakwaan memohon kepada mahkamah, agar 15 perenggan dalam pernyataan bertulis saksi pembelaan kedua, Fadzlette yang kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO itu, dibuang.
Raja Rozela berkata, mereka mengemukakan bantahan terhadap pernyataan itu kerana ia dianggap boleh merosakkan kredibiliti bekas Mazlina selaku saksi ke-90 pendakwaan.
Bukan itu sahaja, beliau berkata, pembelaan berulang kali membangkitkan isu bahawa Mazlina adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dalam perbicaraan sebelum ini.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Prosiding di hadapan Sequerah bersambung esok.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kes rasuah Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#Fadzlette Othman Merican Idris Merican
#Hakim Collin Lawrence Sequerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan