MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Anwar sekali lagi tegaskan tiada yang terlepas

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua,kiri) melihat kemajuan Projek Pembinaan Jalan Baru Dari Kemunting ke Anak Kurau Larut Matang dan Selama (LMS) (Fasa 2) ketika hadir membuat lawatan ke tapak projek di sini hari ini. - Foto Bernama
LARUT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.
Ringkasan AI
- PM Anwar Ibrahim menegaskan tiada siapa akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang dalam kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
- Beliau menyeru agar kes tidak dimanipulasi atau digunakan untuk memaki hamun individu tertentu yang boleh menimbulkan persepsi negatif.
- Anwar turut menekankan komitmen kerajaan membela golongan rentan, serta meninjau projek jalan luar bandar LMS Fasa Dua yang kini mencapai 70.5% kemajuan.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sementara itu Anwar berkata kerajaan akan terus melaksanakan usaha membela rakyat daripada golongan rentan termasuk nelayan dan petani.
"Setiap Jumaat sebelum solat, saya makan di warung untuk berjumpa rakyat, bertanya khabar dan memastikan keperluan mereka mencukupi. Tidak perlu tunggu kempen pilihan raya baru ke lokasi," katanya.
Selepas majlis, Perdana Menteri meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau, Larut Matang Selama (LMS) Fasa Dua, di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Projek yang diluluskan pada 2016 dengan kos RM91 juta ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia secara konvensional dan melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 6.6 kilometer.
Ia dijangka memanfaatkan lebih 5,000 penduduk, memberi impak positif kepada sektor pertanian dan perusahaan ladang serta meningkatkan aksesibiliti, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.
Setakat ini, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 15 Ogos 2026 telah mencapai 70.5 peratus kemajuan, melebihi jadual asal 62.6 peratus dan mendahului jadual sebanyak 59 hari.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami