awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina Siasatan dapati wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/08/2025
05:46 MYT
Kes Zara Qairina Siasatan dapati wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Saifuddin berkata, siasatan polis ke atas kematian Zara Qairina Mahathir mendapati wujudnya elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir mendapati wujud elemen buli, pengabaian, dan gangguan seksual.

Ringkasan AI
  • Siasatan polis mendapati kematian Zara Qairina Mahathir melibatkan elemen buli, pengabaian, dan gangguan seksual berdasarkan keterangan 195 saksi.
  • Mangsa pernah membuat aduan kepada pihak sekolah, namun tidak diambil tindakan, menunjukkan unsur pengabaian.
  • Keputusan untuk mendakwa tertakluk kepada Jabatan Peguam Negara, dengan penegasan tiada usaha menutup isu buli di sekolah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat berkata penemuan itu didapati hasil keterangan daripada 195 saksi.
"Saya tidak menolak kemungkinan pertuduhan boleh dibuat, kerana wujud elemen buli dalam kes ini.
"Perkara ini jelas dan sebab itu pihak kami menegaskan tidak boleh ada sebarang usaha atau percubaan menutup isu, khususnya apabila ia melibatkan kes buli di sekolah, tempat yang sepatutnya menjadi kawasan selamat untuk anak-anak kita.
"Selain itu, terdapat juga elemen pengabaian memandangkan mangsa pernah membuat aduan kepada pihak sekolah, dan perkara ini turut disiasat.
"Malah, elemen gangguan seksual juga disiasat dalam kes berkenaan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.
Menurut Saifuddin, kini terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau sebaliknya.
Selain itu, tambah Saifuddin, inkues adalah platform terbaik sebab semua pihak boleh berbicara secara terus terang dan terbuka bagi mencari kebenaran, seterusnya membawa pelaku ke muka pengadilan.
"Di situ boleh tanya semua pihak secara telus, terang dan terbuka sekali lagi kerana kita mencari kebenaran dan membawa kalau ada pelakunya ke muda pengadilan," katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat ada membuat laporan setelah mengesan ada kesan lebam ketika dia memandikan mayat anaknya pada ketika itu.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Peguam Negara
#Dewan Rakyat
#Zara Qairina Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan